UMNO Sukar Ditumbangkan Jika Setiap Ahli Pahatkan Slogan Bersatu – Bersetia – Berkhidmat


Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Haji Abdul Rahman Abd Karim percaya selagi ahli-ahli UMNO berpegang teguh kepada cogankata UMNO iaitu Bersatu-Bersetia-Berkhidmat maka selagi itu UMNO sukar ditumbangkang walaupun diserang segenap penjuru.
Ini kerana tegasnya jika seluruh UMNO menjadikan slogan itu terpahat dalam sanubari mereka sudah pasti perjuangan mereka kepada parti mengatasi kepentingan peribadi.
“Perjuangan parti UMNO yang harus kita jaga, kita utamakan, bukannya kepentingan peribadi atau kelompok-kelompok tertentu kerana inilah satu-satunya wadah bagi menjamin masa depan kita, anak bangsa kita.
“Saya juga berharap kepada ahli-ahli UMNO ajar jangan mendiamkan diri di kala parti diserang di segenap sudut oleh pihak pembangkang”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Pada masa yang sama beliau turut menggesa agar seluruh ahli UMNO menolak sebarang usaha oleh mana-mana pihak sekalipun untuk membawa usul menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri kerana usul itu jelas adalah perjuangan parti pembangkang.
“Mana maruah kita, jika kita sendiri nak membawa usul di persidangan cawangan kita untuk membawa usul tersebut, mana mungkin kita nak bawa ‘usul pembangkang’ dalam persidangan cawangan-cawangan UMNO yang sedang berlangsung sekarang ini,” ujarnya yang juga ADUN Pantai Kundor.
Tambah beliau lagi kekuatan UMNO di peringkat akar umbi mesti terus diperteguhkan umpama sebatang pokok kuat akarnya maka teguhlah batangnya dan seterusnya memberi perlindungan kepada rakyat secara keseluruhannya.
“Sehubungan dengan itu, kita harus bersatu dan elakkan pertelingkahan sesama kita. Jangan mudah terpengaruh dengan agenda individu yang mahu rosakkan keutuhan parti dan kerukunan parti kita,” ujarnya lagi.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment