Ambil Tindakan Jika Benar Pengguna Ditipu Pihak Bertanggungjawab Ambil Untung Atas Angin



“Jika benar seperti yang didakwa dalam blog berkenaan ternyatalah selama ini pengguna ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu mengambil keuntungan atas angin.

“Sepatutnya beras yang melebihi 15 peratus hancur perlu dijual dengan harga tidak melebihi RM18 sedangkan ia dijual RM26 sekali gus menganiayai pengguna,” kata Aziz Mohamad.

Dia yang terkejut selepas membaca laporan mengenai penipuan terancang pihak tertentu yang memanipulasi harga beras negara meminta kerajaan campur tangan bagi mengatasi masalah itu.

“Pihak berkaitan sepatutnya tidak mengambil kesempatan terhadap kesusahan rakyat dengan menjual beras yang berlainan kandungannya seperti tertera pada bungkusan.

“Kami tidak menuduh siapa yang terbabit dalam perkara berkenaan namun mahu masalah terbabit diselesaikan segera jika terbukti ada unsur penipuan,” katanya.

Semalam satu laporan polis dibuat beliau yang mahu pihak berkaitan menyiasat segera laporan sebuah blog mendakwa terdapat penipuan terancang berkaitan penggunaan label 5 peratus beras hancur sedangkan kandungan sebenar di dalam setiap beg adalah 15 peratus.

Perkara berkenaan perlu disiasat segera oleh pihak berkenaan termasuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana tindakan tidak bertanggungjawab itu jelas menipu pengguna.

Selain itu, dia yang bekerja sendiri turut meminta pihak kementerian mewujudkan semula skim beras murah untuk keperluan rakyat sekali gus dapat meringankan bebanan golongan kurang berkemampuan.

Menurutnya, dia terpanggil untuk membuat laporan polis selepas terbaca satu artikel mengenai penipuan berkenaan dan merasakan pengguna sepertinya teraniaya.

"Selama ini kita bayar untuk dapatkan beas berkualiti, bukan membeli label saja. Jadi, siapa yang perlu bertanggungjawab, kementerian dan agensi berwajiblah perlu melihat isu ini, jika tidak pengguna teraniaya," katanya.


Pada 15 Julai lalu, terdapat laporan penipuan terancang pihak tertentu yang menggunakan label 5 peratus hancur sedangkan kandungan di dalam setiap beg adalah 15 peratus hancur.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment