CUEPACS Mengarut Lagi. Minta Had Pencen Hingga 62 Tahun


1. Viral di media sosial tentang kemahuan Cuepacs untuk meminta kerajaan Malaysia melanjutkan persaraan penjawat awam hingga
62 tahun.

2. Saya dari aktivis Bangkit menentang sekeras-kerasnya cadangan ini kerana difikirkan tidak adil kepada anak muda yang baru tamat pengajian di universiti yang mendambakan untuk berkhidmat sebagai penjawat awam.

3. Apa yang tidak adil? Bukankah anak muda boleh kerja di bidang swasta? Persoalan seperti ini sangat dangkal. Persoalan ini memperlihatkan "hanya veteran sahaja berada di agensi kerajaan", "idea muda milik ekonomi swasta.."

4. Jika vateran yang 'menghuni' agensi kerajaan, bila mana pula agensi kerajaan akan berkembang sebagai sebuah pusat yang kreatif, pantas, sistematik dan penuh dengan semangat kerana tiada pemikiran anak muda di dalamnya? Ini akan menjadikan agensi kerajaan sebagai sebuah institusi yang 'lembab', sukar terima teguran dan tidak fresh dengan idea-idea baru, which berlawanan dengan kemajuan pesat modenisasi global.

5. Sehingga hari ini sahaja berapa banyak 'complaint' dari rakyat bahawasanya perkhidmatan kerajaan sangat perlahan, jauh ketinggalan dari segi tatacara kerja kerana dalam agensi kerajaan itu sendiri tiada anak muda yang mengetuai pasukan perkhidmatan awam. Inikan pula nak tambah lagi had persaraan maka saya percaya kualiti kerja akan jadi bertambah buruk.

6. Bukan saya menidakkan kemampuan vateran dalam perkhidmatan awam. Saya percaya mereka juga punyai banyak pengalaman dan sumbangan kpd institusi awam itu sendiri. Tapi kita bercakap soal kualiti kita di mata rakyat. Kita berkhidmat untuk rakyat maka menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan perkhidmatan kita adalah yang terbaik.

7. Jika rakyat menilai pentadbiran awam hari ini kurang memberi keyakinan, maka idea dan kepimpinan muda adalah perlu untuk mengubah lanskap pentadbiran awam menjadi lebih efisien dan genius.

8. Saya menyimpan harapan untuk melihat satu transformasi menyeluruh di sebuah agensi kerajaan agar rakyat mendapat faedah yg lebih besar darinya.

Dari rakyat, untuk rakyat.

Eddy Casmady

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment