Azmin Makin Tertekan Dengan Gerakan Terancang Rakan Sekutu - GAPS


Pengerusi Gasasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Raof Mokhtar menyifatkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali kini tertekan dengan serangan dan tekanan bukan sahaja dari luar, malah dari rakan seangkatannya dalam pakatan.

Justeru tambahnya, tidak mustahil Azmin kini sudah tidak dapat menumpukan sepenuh perhatiannya dalam pentadbiran kerajaan negeri, sebaliknya menumpukan masa menyelesaikan ‘masalah dalaman’ dalam parti PKR sendiri, selain gerakan terancang dalam pakatan sendiri yang mendesaknya mengeluarkan parti PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Lihat sahaja baru-baru ini, ‘perang twitter’ antara Azmin dan Saari Sugib yang merupakan Timbalan Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor, sedikit sebanyak memperjelaskan keretakan hubungan antara mereka dalam negeri Selangor.

Dalam masa yang sama, isu ‘rasuah wang dan wanita’ yang ditimbulkan CheguBard sebelum ini juga masih tidak terjawab, adakah Azmin cuba mengelakkan diri dari menjawab sebarang dakwaan tersebut walaupun dalam masa yang sama, ada antara pimpinan PKR ngeri Selangor yang telah ditahan SPRM berhubung kewujudan rasuah sebagaimana yang didakwa Chegu Bard itu.

Segala gerakan terancang untuk menjatuhkan Azmin ini bukan datangnya dari pihak UMNO dan BN, sebaliknya datang dari rakan dalam pakatan sendiri. Persoalannya, mampukah Azmin bertahan dalam menahan asakan berterusan ini terhadap dirinya?,” ujarnya mengulas kemelut terkini di negeri Selangor.

 Terdahulu, dalam forum anjuran Gerakbudaya di Petaling Jaya baru-baru ini, Saari yang juga ADUN Hulu Kelang telah meminta Azmin menjelaskan sama ada beliau mengamalkan budaya berbahaya iaitu permainan "politik istana" dengan mengekalkan PAS dalam kerajaan negeri.

Ujar Saari, Timbalan Presiden PKR itu perlu menjelaskan persepsi bahawa beliau memenuhi kehendak istana supaya kerajaan negeri dianggotai oleh majoriti orang Melayu.

“Begitu juga dengan DAP Selangor, yang mana pada bulan Jun lalu telah mendesak Azmin Ali memecat tiga exco PAS daripada sebagai solusi terakhir pengisytiharan DAP bahawa Pakatan Rakyat sudah berkubur.

Bukan itu sahaja, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara juga penuh yakin tidak menolak kemungkinan DUN Selangor akan dibubarkan berikutan kemelut yang berlaku dalam Pakatan Rakyat susulan krisis terburuk antara parti itu dengan Pas. Pembubaran DUN negeri itu adalah jalan terakhir yang akan dipilih jika masih lagi tiada penyelesaian secara muktamad.

Jadi, apa kesudahan ‘pertahanan Azmin’ dalam menghadapi serangan dengan serangan dari rakan sekutu mereka dalam Pakatan, ini tidak termasuk serangan dari luar khususnya rakyat Selangor yang menantikan segala usaha kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah-msalah yang dihadapi rakyat Selangor seperti isu banjir yang berterusan serta beberapa masalah besar lain yang masih belum nampak kesudahannya” ujarnya lagi.  - UMNOOnline
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment