Fakkah Fuzz Biadab .... Dia `Pelawak' Yang Tidak Penting Di Malaysia - Nazir


NAMA pelawak dari Singapura ini memang langsung tidak pernah didengari di negara ini sebelum ini tetapi sudah terlalu biadab mempersenda Perdana Menteri dalam lawaknya.

Maalah cukup biadab apabila menyamakan Perdana Menteri sebagai pencuri dalam satu program realiti dan tindakan itu juga seolah-olah memperlekeh rakyat Malaysia sendiri.

Ini bukan pertama kali rakyat di negara itu mempersenda pemimpin negara‎. Pernah satu ketika dahulu seorang komposer berkata dia tidak kenal Perdana Menteri kita sedangkan dia sendiri cari makan di negara ini.
‎Siapa Fakkah Fuzz ini? Langsung tidak penting bagi kita. Oleh kerana perlakuannya biadabnya itu, kerajaan perlu menyenaraihitamkan namanya daripada memasuki negara ini.
Tindakan itu perlu dilakukan agar tidak ada pihak luar yang secara biadab mempersenda pimpinan negara kita dengan menjadikan Perdana Menteri sebagai bahan lawak, malah dituduh sebagai pencuri.
Rakyat Malaysia juga diajak untuk mengecam lawak bodoh daripada pelawak yang kurang cerdik ini, yang langsung tak sensitif ini.
Hak kebebasan bersuara di Singapura kerap jadi kritikan antarabangsa bukan perkara baru dengan tindakan undang-undang seperti pertuduhan jenayah dan saman sering digunakan ke atas mereka yang bercakap secara ‘bebas’.

Oleh yang demikian kita kena ajar mereka untuk menghormati hati dan perasaan rakyat di negara ini, malah perlakuannya itu juga tidak layak dicontohi remaja kita.

Jangan kerana pelakuan 'pelawak yang tidak cukup masak' ini, rakyat Malaysia tidak lagi menghormati rakyat Singapura.

P‎emimpin Singapura juga wajar mengambil tindakan terhadap perbuatan pelawak ini kerana langsung tidak tahu menjaga sensiviti rakyat di negara ini.

Malah saya mengundang Fakkah Fuzz berjumpa dengan saya secara peribadi untuk mengajar beliau kehidupan bersopan santun rakyat di negara ini kerana saya yakin ada bahagian pada otaknya yang masih belum bercantum.‎

NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN

Exco Pemuda UMNO‎
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment