Ahli UMNO Perlu Tekad Tolak ‘Tukang Cucuk’ Yang Cuba Lemahkan UMNO


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, YB Hajah Norshida Ibrahim hari ini mengajak ahli-ahli UMNO terus bersama-sama menanamkan tekad memperteguhkan lagi perpaduan sekaligus menolak sebarang cubaan pihak tertentu untuk menangguk di air yang keruh bag melemahkan UMNO.

Jelasnya cabaran dan ujian yang dihadapi UMNO ketika ini bukanlah perkara baru malah UMNO pernah menempuh saat yang jauh lebih sukar namun ia berjaya dilalui menerusi perpaduan di kalangan ahli dalam mempertahankan parti.

Tambah beliau lagi jika diimbas kembali sejarah, setiap cabaran dan ujian yang dilalui akan mematangkan dan mendewasakan lagi UMNO.

“Ujian dan cabaran juga akan memberi ketahanan kepada UMNO untuk berdepan ancaman yang lebih besar selepas ini.

“Kemelut dan cabaran ini mampu melahirkan pemimpin pelapis berwibawa yang dapat mengharungi pelbagai cabaran pada masa depan,” ujarnya yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Segamat.

Sehubungan dengan itu juga, beliau turut berharap ahli-ahli UMNO tidak mudah melatah atau mudah melompat dicucuk pihak-pihak tertentu yang bertujuan untuk memecah-belahkan perpaduan dan kekuatan parti demi kepentingan peribadi.

“Kekuatan UMNO selama ini bergantung kepada keupayaan semua pemimpin serta ahlinya mempertahankan perpaduan. Sebarang tindakan atau perselisihan yang boleh memporak-perandakan parti dihadapi dengan tenang dan usaha mengatasinya dilakukan segera supaya parti tidak menerima kesannya.


“Cogan kata UMNO, ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ mesti sentiasa dihayati bagi memastikan perpaduan dan keutuhan parti terus kekal. Penghayatan terhadap cogan kata inilah yang menjadi rahsia UMNO terus kekal sebagai tulang belakang kerajaan BN,” ujarnya lagi.
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment