Isu Harga Beras: FOMCA Cadang Kawalan Bagi Pastikan Tiada Pihak Teraniaya

Perlu ada kawalan daripada pihak berkuasa bagi memastikan tiada pihak teraniaya di dalam isu harga beras sama ada daripada BERNAS kepada pemborong atau pun daripada peruncit kepada pengguna.

Ini kerana jika ianya tidak dapat di atasi, pengguna akan menanggung kesan atau membeli beras pada harga yang tidak  sepatutnya selain mewujudkan persaingan perniagaan yang tidak sihat di negara ini.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan - Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, perkara itu perlu memandangkan beras adalah makanan asasi yang dinikmati hampir semua rakyat Malaysia dan isu berkenaan perlu ditangani dengan baik.

"FOMCA berpendapat, ia ada dua isu penting. Pertama ialah kawalan harga dan bagaimana mewujudkan persaingan sihat kerana ia bukan isu baru.

"Walau bagaimanapun, ia tetap ada kesan langsung kepada pengguna. Kita tidak tahu bagaimana proses kawal selia BERNAS dan pendekatannya dengan pemborong, tapi apa yang pasti, pengguna terkesan," katanya.

Beliau mengulas kenyataan bekas Presiden Persatuan Pemborong Beras Bumiputera Malaysia (BARIM) Ismail awang baru-baru ini yang mempersoalkan peranan BERNAS yang disifatkan sebagai menindas kerana menjual beras pada harga tidak masuk akal.

Selain itu, turut dipersoalkan ialah apa yang disebut sebagai penipuan terancang oleh BERNAS yang menggunakan label 5 peratus hancur sedangkan kandungan di dalam setiap beg adalah 15 peratus hancur.

Yusof berkata, FOMCA menggesa kajian oleh kerajaan kerana isu itu dilihat semakin berlautan dengan semua pihak menerima kesan termasuk rangkaian perniagaan.


"Dulu sudah ada isu ketirisan, sekarang isu monopoli pula. My Beras yang disebut sebagai mekanisme gantian juga belum dilaksanakan. Jadi perlu dikaji perkara ini," katanya.


Artikel Berkaitan:


Harga Beras Yang Dijual BERNAS Tak Masuk Akal - Ismail Awang 

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment