Pemuda UMNO Sambut Baik Inisiatif Kerajaan Pastikan Rakyat Miliki Rumah Sendiri - Nazir

Biro Hal Ehwal Bandar Dan Perumahan, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini menyambut baik dan merakamkan penghargaan di atas keprihatinan serta kesungguhan kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam memastikan setiap rakyat Malaysia khsusnya yang tinggal di kawasan-kawasan bandar mampu memiliki rumah sendiri.

Pengerusinya, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, impian dan hasrat sebahagian besar rakyat Malaysia khususnya golongan muda bandar yang dibelenggu dengan kadar harga rumah yang terlalu tinggi sehingga melenyapkan harapan mereka untuk mempunyai kediaman sendiri bakal berakhir dengan inisiatif yang diumumkan oleh YB Tan Sri Noh Omar, Menteri KPKT untuk membina 2,000 unit rumah PPR di negeri Perak yang dijual pada harga RM 35,000.00 seunit.

Nazir Hussin“Inisiatif KPKT ini bertujuan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah khususnya tinggal dibandar bagi memiliki rumah sendiri dengan kesediaan kerajaan memberikan subsidi sebanyak RM 125,000.00 untuk seunit rumah.

“Saya bagi pihak Biro HELP berharap kerajaan melalui KPKT dalam memperluaskan inisiatif membina rumah PPR di kawasan-kawasan bandar di negeri lain terutamanya di kawasan Lembah Klang yang berhadapan masalah yang cukup kritikal memandangkan harga rumah yang ditawarkan terutamanya oleh pemaju-pemaju adalah jauh dari kemampuan. Pembinaan rumah-rumah mampu milik seperti PPR ini juga perlu disegerakan,” ujarnya yang juga EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

Dalam masa yang sama tambah beliau, pihak KPKT juga diharapkan dapat memberi keutamaan kepada golongan muda bandar yang telah berkahwin tetapi masih belum mempunyai rumah sendiri dan perlu menyelaraskan prosedur permohonan untuk membeli rumah tersebut sebaiknya supaya tidak wujud masalah penyalahgunaan atau penyelewengan dalam pemilihan permohonan.

“Saya sedia untuk memberi kerjasama kepada KPKT melalui Biro HELP dalam usaha memastikan pemohon yang benar-benar layak sahaja dapat memiliki atau ditawarkan rumah PPR yang bakal dibina tersebut.


Ini kerana, isu perumahan merupakan antara agenda utama yang diperjuangkan oleh Pemuda UMNO Malaysia secara konsisten semenjak 10 tahun yang lalu,” ujarnya lagi.
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment