Biarlah Kerajaan Pimpinan Najib Nak Bagi BR1M ..... Kenapa Tun M & Ezam Nak Melatah kata BR1M Rasuah Plak?


Amat mendukacitakan dan dangkal apabila bantuan kerajaan BR1M disifatkan sebagai rasuah oleh pemimpin pembangkang. Susah untuk dinilai apabila pemimpin yang suatu masa dulu cukup hebat tidak tahu membezakan rasuah dan bantuan kerajaan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, salahkah kerajaan menyalurkan bantuan secara terus kepada rakyat ataupun pemimpin pembangkang berkenaan yang dulunya pemimpin utama kerajaan iri hati kerana sewaktu pentadbirannya, tidak ada bantuan secara langsung disalurkan kepada rakyat.

“Namun zaman Datuk Seri Najib Razak hasil negara dikongsi bersama rakyat. Peruntukan BR1M bernilai RM6.8 billion dapat memanfaatkan 7 juta penerima di seluruh negara tanpa mengira kaum ataupun tanpa syarat sokongan, sebaliknya BR1M disalurkan terus kepada mereka yang layak dengan secara purata setiap Parlimen RM31 juta.

BR1M sebenarnya menyampaikan subsidi secara langsung kepada rakyat dengan cara tersasar kepada mereka yang layak dan secara tidak langsung menggerakkan ekonomi setempat dan negara. Bayangkan dengan nilai RM6.8 bilion jika dalam bentuk kontrak hanya berapa orang kontraktor saja dapat menikmatinya,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, BR1M adalah hasil keupayaan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri dapat menguruskan hasil negara serta subsidi secara terancang dan tersasar kepada golongan yang benar-benar layak. Sehingga hari ini tidak kira penyokong kerajaan mahupun pembangkang menerima bantuan itu dan tiada terpinggir.

“Malah ketika pengagihan BR1M kerajaan ataupun wakil kerajaan tidak minta rakyat 'berbai'ah' memastikan mereka menyokong Barisan Nasional (BN). Apa guna jadi kerajaan jika kebajikan rakyat tidak ada pembelaan. Oleh itu bukalah mata dan lapangkanlah minda supaya dapat membezakan rasuah dan bantuan kebajikan.

Saudara Ezam menyifatkan BR1M sebagai rasuah kerana pada Perhimpunan Agung UMNO 2016, Datuk Seri Najib Razak mahukan agihan BR1M disalurkan melalui UMNO bahagian seperti mana sebelumnya.

Saya ingin bertanya kepada Ezam mengenai bantuan kerajaan negeri Selangor yang disalurkan kepada rakyat seperti skim insurans, bantuan anak masuk universiti, apakah ia bukan satu rasuah?,” tambahnya.

Di Kelantan misalannya, sistem skim insurans kifalah yang diberikan kepada waris si mati dan ia disampaikan oleh wakil rakyat ataupun pemimpin tempatan PAS, apakah itu bukan satu dorongan ataupun rasuah?


“Gunalah akal yang waras untuk berfikir. Janganlah bantuan kerajaan dianggap rasuah. Jika berasakan BR1M satu kebaikan yang diharapkan rakyat dan menggugat sokongan kepada pembangkang, maka buatlah juga program yang sama jika mampu,” ujarnya lagi.
Tags: , , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment