TN50 Keterbukaan Kerajaan Sedia Platform Rakyat Corak Masa Depan Negara - Sohaimi

TN50 adalah keterbukaan kerajaan dengan  menyediakan platform kepada rakyat untuk mencorak dan menentukan masa hadapan negara bersama kerajaan menjelang 2050. Ia selaras dengan aspirasi kerajaan yang mendengar denyut nadi rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, TN50 adalah garapan idea suara anak muda, aspirasi serta wawasan yang dicorakkan oleh anak muda. Dengan kata lain anak muda tidak dipinggirkan daripada arus perdana negara.

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bersikap terbuka menyediakan satu saluran khusus untuk anak muda menyuarakan pandangan, pendapat, impian dan harapan dalam menentukan hala tuju negara.

“Ia satu langkah berani kerajaan yang sedia turun padang untuk mendengar aspirasi rakyat. Dengan kata lain TN50 dicorakkan bukan berdasarkan kepada selera kerajaan, sebaliknya ia lebih kepada memenuhi kehendak rakyat.

TN50 adalah satu pendekatan menyeluruh kerajaan menekankan kepada aspek pembangunan fizikal dan sahsiah mengekalkan jatidiri rakyat Malaysia.

Sudah tentu cabaran, suasana untuk 30 tahun akan datang berbeza dengan situasi negara hari ini. Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kita merancang persiapan dari awal untuk memastikan agenda pembangunan negara bergerak seiring dengan peredaran masa serta berteraskan jatidiri Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Oleh itu, selaras dengan peredaran masa dan sejarah baharu negara yang menyediakan ruang untuk anak muda menentukan masa depan negara berlandaskan acuan Malaysia, kesediaan pimpinan kerajaan untuk mendengar suara rakyat tidak harus dipersiakan.

Anak muda harus memanfaatkan peluang ini untuk menyatakan aspirasi dan harapan walaupun di mana berada sama ada di bandar, desa, mahupun puncak menara gading suarakan idea anda kerana kerajaan prihatin sedia mendengar.

“Berbeza dengan Wawasan 2020 ia adalah Wawasan yang digariskan dengan hanya meletakkan aspirasi kerajaan semata-mata. Berbanding TN50 kerajaan bertindak menjayakan aspirasi rakyat. Tidak semua rakyat di negara dunia ini berpeluang mencorak masa depan negara seperti mana Malaysia.

TN50 bukan gula-gula pilihan raya, kerana TN50 kita mempunyai masa lebih 30 tahun untuk merealisasikannya berbanding pilihan raya yang akan berlangsung setiap 5 tahun. Hanya mereka yang dangkal saja menyifatkan TN50 sebagai alat pilihan raya.


Oleh itu anak muda, ayuh suarakan impian anda,” ujarnya dalam satu kenyataan. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment