Kemewahan Melampau Pegawai Khas MB Selangor Perlu Disiasat – NGO Selangor



Gabungan NGO Negeri Selangor sekali lagi tampil ke Ibu Pejabat SPRM Selangor rentetan gambar-gambar yang diviralkan dalam media sosial selepas gimik yang dibuat Datuk Seri Jamal Yunos 14 Februari lalu yang membawa kereta jenazah, yang mana ketika itu berlaku sedikit kekecohan.

Penasihat Undang-Undang Gabungan NGO Negeri Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, kekecohan ini dicetuskan oleh sekumpulan anak muda yang dikenalpasti orang kanan Azmin Ali, yang mana seorangnya ialah Zul Fahimin.

“Kita juga telah mengenalpasti di media sosial, telah viral gambar Mohd Zulfahimin Mahadzir dan seorang lagi, Hilman Idham yang juga Pegawai Khas Menteri Besar yang kita dapat lihat kemewahannya di luar dari munasabah.

“Jika kita lihat Encik Hilman Idham ini merupakan seorang penjawat awam di negeri Selangor, tapi berdasarkan kepada gambar-gambar yang viral tersebut, maka kami hadir di SPRM ini untuk membuat laporan berkenaan dengan kemewahan yang meragukan yang dimiliki oleh pegawai khas kepada MB Selangor serta rakan-rakan beliau,” ujarnya kepada media.

Tambahnya, laporan berkenaan akan dibuat ahli Gabungan NGO Selangor Mejar (B) Razali Zakaria, dan antara yang akan diserahkan kepada SPRM adalah laporan empat muka surat dan lima muka surat lampiran berhubung dakwaan berkenaan.

Presiden Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria berkata, GMPN yang juga badan Gabungan NGO Negeri Selangor akan menyerahkan semua dokumen berkaitan berkenaan dengan rentetan kejadian pada 14 Februari di SUK dan kami dapati bahawa Hilman selaku pegawai khas kepada Menteri Besar telah menyalahgunakan kedudukan beliau dan rakan-rakannya.

“Laporan ini adalah berdasarkan kehidupan beliau dan rakan-rakannya yang hidup mewah jauh daripada keupayaan mereka. Daripada siasatan kami dapati beliau telah memiliki kenderaan dan rumah yang mewah, serta memiliki jam yang mahal.

“Jadi kami nak tanya dari mana mereka dapat semua ini. Adalah mereka menggunakan kedudukan beliau (Menteri Besar) untuk mendapatkan sumber yang kita tidak pasti dari mana. Kita mahu perkara ini disiasat,” katanya di lobi SPRM Shah Alam hari ini selepas 30 minit membuat laporan di SPRM Selangor.


Hilman didakwa memakai jam tangan bernilai RM87,000 yang tular di media sosial baru-baru ini.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment