Usul Ke Atas ADUN Batang Kali Tak Masuk Akal – Peguam



“Dia hanya hanya ambil kontek ucapan tersebut, dan sila datang beri penjelasan. Maka Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN Selangor sendiri tidak pasti ucapan itu telah melanggar peraturan tetap 36.6 DUN Selangor.

Saya sendiri pasti, mereka tidak yakin bahawa ucapan itu melanggar peraturan tetap 36.6 Anak guan saya telah melanggar peraturan tetap 36.6 kerana saya lihat dari perjalanan siding perbahasan, ahli Dewan dari DAP sendiri telah menyebut bahawa anak guam saya (Datuk Mat Nadzari) telah melanggar melanggar peraturan tetap 36.6,” ujarnya dalam sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, ADUN Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan menjelasklan bahawa pendengaran tertutup ini dijalankan ke atasnya baru-baru ini berhubung satu kenyataan yang dikeluarkannya ketika sidang dewan pada 1 Nov tahun lepas.

Mat Nadzari berkata tindakan itu berikutan beliau didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat isi ataupun niat dalam pentadbiran Menteri Bessar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk tidak mengiktiraf sistem raja berperlembagaan.

“Saya tidak menamakan secara spesifik mana-mana parti ketika itu kerana saya tengok MB (Azmin) menjaga institusi Raja-Raja . Apabila saya tengok Azmin juga ‘seleranya’ sama dengan kita dalam UMNO yang turut menjaga institusi Raja-Raja,  saya bertanyalah kepada Azmin apakah rakan-rakan di dalam pentadbiran terutamanya parti-parti dalam pentadbiran sealiran atau mempunyai ikrar yang sama dengan YAB MB, akibatnya apabila saya bertanya, ia telah menjadi terlalu sensitive kepada sebahagian ahli-ahli dewan yang bangkit betanya kepada saya.


Akibat soalan itu, saya telah disyorkan untuk diusulkan oleh oleh seorang ahli dewan untuk saya dihadapkan atau dibawa ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN Selangor dan pada 6 Februari lepas, satu pendengaran tertutup dijalankan dan saya dikhabarkan satu kesimpulan akan dibuat (barangkali esok, 21 Feb), satu keputsan akan dibuat kes saya ini,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment