Penjelasan Ringkas Mengenai Isu Siti Aishah:

Penjelasan Ringkas Mengenai Isu Siti Aishah:

1. Pendidikan tinggi Siti Aishah Atam bermula dengan memiliki diploma dari UniSZA dan ijazah sarjana muda dari KUIN. Kemudian beliau menyambung pengajian peringkat sarjana di UM, tetapi diluputkan pada tahun 2014 kerana tidak mendaftar semester berikutnya.

2. Dalam semakan terhadap keputusan peperiksaan, beliau bukan pelajar cemerlang sebagaimana dakwaan media Malaysiakini. Kalau pelajar cemerlang, sudah tentu banyak A diperolehi dan mendapat pointer yang tinggi. Namun sebaliknya, banyak juga B dan C.

3. Dimaklumkan bahawa bapa beliau sendiri yang membuat laporan kepada pihak PDRM. Ini kerana, bapanya mendapati anaknya telah terpengaruh dengan kawan lelakinya bagi menyertai kumpulan pengganas Isis/Daesh.

4. Lelaki tersebut adalah antara ahli kumpulan Isis/Daesh yang ditangkap PDRM di Perak. Mereka ditangkap ketika sedang membuat latihan bom dan sebagainya lagi sebagai persediaan untuk melakukan aktiviti keganasan di negara ini.

5. Lelaki ini juga (bersama 2 orang lagi) yang telah mengugut bapa Siti Aishah jika tidak membenarkan mereka berkahwin. Malah mereka merancang untuk pergi berjihad di Syria selepas itu. Namun malangnya tiada kesempatan serta kekurangan duit.

6. Buku-buku yang dirampas itu adalah buku-buku yang membawa ideologi ekstremis Salafi Jihadi yang berakar umbi dari fahaman Wahabi/Salafi. Buku-buku itu bukan tujuan kajian, kerana cadangan kajian beliau di UM bukan berkaitan bidang kajian ekstremis.

7. Dalam masa yang sama, pengharaman buku oleh KDN sudah tentu memakan masa. Ia tidak boleh dibuat sesuka hati tanpa kajian terlebih dahulu, apatah lagi buku-buku tersebut terbitan Indonesia. Maka ia akan mengambil sedikit masa. Sedangkan aktiviti keganasan terus berlaku.

8. Menjelang hari perbicaraan, bapanya telah dinasihatkan untuk menjadi saksi pembelaan, walaupun asalnya beliau adalah saksi pendakwaan. Ini bagi membolehkan anaknya tidak dipenjarakan. 

9. Kemudian isu ini menjadi polemik apabila ia diputarbelit oleh media Malaysiakini dengan memainkan aspek simpati semata-mata. Dalam masa yang sama, Malaysiakini cuba meletakkan semua kesalahan kepada pihak PDRM.

10. Malaysiakini juga tidak melaporkan banyak perkara lagi, seperti bapanya bekerja di Perwaja sebelum ini (Oku?) dan sebagainya lagi. Malah laporan Malaysiakini turut disokong oleh Mufti Perlis (yang diketahui pro Wahabi/Salafi) dan orang lain, seolah-olah pihak PDRM tidak tahu SOP.

11. Lebih baik perkara ini dirujuk kepada pihak berautoriti seperti KDN dan PDRM. Mereka lebih faham tentang isu keselamatan. Ini kerana, bukan semua perkara kita tahu dan perlu didedahkan kepada awam. Mungkin selepas ini PDRM akan keluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini. Kita tunggu dan lihat.

Dari Page Pusat Kajian Extreamis Agama

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment