ssff
  • Laman Utama
  • Sahabat Selangor
  • Usaha Sahabat
    • Perniagaan
      • Category
      • Category
      • Category
      • Category
    • Rangkaian
    • Pengetehuan
    • Idea
  • Tawan Selangor
    • Kempen
    • Isu
    • Suasana
You are here : Home »
Showing posts with label APM. Show all posts


Semua modul bina diri untuk unit beruniform Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi sekolah rendah akan dikaji semula, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Beliau berkata keperluan untuk mengkaji semula modul itu dibuat bagi memastikan hanya modul yang sesuai sahaja dilaksanakan untuk mengelak perkara tidak diingini berlaku.

"Kita mungkin akan menjalankan latihan (modul) kepada guru sekolah dan kemudian mereka (guru) melaksanakannya kepada pelajar dalam kokurikulum.

"Namun, tidak dinafikan ada kekangan untuk melaksanakan ini, tetapi kita akan mencari penyelesaian terbaik," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ibu bapa, guru dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Beluru, di sini hari ini.

Pertemuan khas itu diadakan bagi memberi penerangan dan penjelasan berhubung kes ular dicampak ke dalam kolam semasa modul merentasi kolam ketika program perkhemahan unit beruniform APM SK Beluru.

Beberapa hari lepas, satu rakaman video berdurasi lebih dua minit tersebar di media sosial dan mendapat kritikan netizen apabila beberapa murid di dalam kolam berselut itu menangis dan menjerit setelah jurulatih latihan mencampakkan ular ke dalamnya.

Rakaman itu juga menunjukkan beberapa anggota APM menyiram air dan menyergah pelajar sepanjang modul itu berlangsung. Sebanyak 45 murid menyertai program perkhemahan itu di perkarangan pejabat APM Kuala Kangsar.

Menjelas lanjut, Shahidan berkata pihaknya tidak bercadang untuk menghentikan program perkhemahan unit beruniform APM, tetapi hanya modul terlibat (merentasi kolam) digantung serta merta.

"Program ini ada banyak modul, bukan hanya lompat pagar tetapi ada juga modul kerohanian. Kita tak boleh hentikan kerana ia diatur untuk tingkatkan jati diri pelajar," katanya.

Mengenai tindakan ke atas anggota APM yang terlibat, Shahidan berkata sebanyak 10 anggota APM telah digantung daripada tugas setakat ini.

"Seorang daripadanya iaitu yang mencampakkan ular ke dalam kolam digantung daripada terlibat dalam semua kerja-kerja APM. Sembilan yang lain digantung daripada terlibat dalam latihan APM yang melibatkan sekolah," katanya sambil menambah semua yang terlibat merupakan anggota sukarelawan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM Datuk Selamat Dahalan menafikan laporan beberapa media bahawa selain dicampak ular, pelajar berkenaan turut dibawa ke kawasan perkuburan.


"Perkara ini tidak berlaku sama sekali," katanya ringkas.
Older Posts Home
  • Recent Posts
  • Comments

Daily Video

Kroni Sahabat-Gunung

Follow this blog

Total Pageviews

Facebook Badge

Mohd Faizal Mohd Salleh

Create your badge

SEMBANG SAHABAT


ISU SENSASI

  • Speaker DUN Perak kaki temberang… Camna boleh keluar 2 kali plak nie?
    Nie yang aku heran, camna boleh keluar 2 kali plak nie. Takpelah, mungkin sebab tahap Auta Speaker DUN nie tahap GABAN…sebab tu boleh keluar...
  • Pemuda Mangsa Kemalangan Dapat Perhatian Pemuda UMNO
    SIMPATI...Muhd Khairun melihat keadaan Mohd Hisham yang terlantar di rumah mentuanya - Pic Meor Azlan Biro Aduan Komuniti Pergerakan ...
  • Ugut polis - Khalid Mohd. Ismath ditahan
    Seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd. Ismath ditahan selepas hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kont...
  • Laporan Al-Jazeera Cemarkan Imej Negara
    Laporan berita antarabangsa Al Jazeera berhubung dakwaan wujud isu perkauman terhadap warga asing ketika negara mengendalikan pandemik...
2011 © Sahabat-Gunung. Hak Cipta Terpelihara.
Rekabentuk Oleh Deen Design