Hubungan Anwar-Wolfowitz dipersoal

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mempersoalkan hubungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beberapa organisasi antarabangsa yang latar belakangnya diragui.

Ini termasuk penglibatan secara langsung bekas Timbalan Perdana Menteri itu dengan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Paul Wolfowitz yang pernah menjadi ketua strategi Perang Iraq untuk Presiden AS, George W. Bush.

Mukhriz memberitahu persidangan Dewan Rakyat, Wolfowitz merupakan pengikut fahaman Neo Conservative yang terbabit membunuh lebih sejuta orang Islam di Iraq.

Menurutnya, beliau membangkitkan perkara itu kerana baru-baru ini media asing melaporkan mengenai organisasi dan fahaman Neo Conservative.

"Mengapa harus Anwar bersekongkol dengan pembunuh lebih sejuta rakyat Iraq ini. Mukhriz turut mempersoalkan kedudukan Anwar sebagai pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO), 'Foundation of The Future' yang menurutnya menerima dana AS$35 juta dolar (RM110.25 juta) daripada Jabatan Negara AS.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

  1. Anwar memilih Amerika dan Paul Wolfowitz sepertimana Abdullah memilih Singapura.

    Bahaya ada di mana-mana. Apatah pula jika negara diikat macam lembu.

    Sembang2 di kopitiam mengatakan bukan Anwar saja ada video tentang orang lain. Orang lain dan negara lain pun ada video tape tentang Anwar. Apa kandungan video tentang Anwar tidak ramai yang tahu. Tapi SPY mungkin tahu.

  2. Tuan,

    Siapa sebenarnya Anwar Ibrahim ini. Adakah dia benar-benar agen CIA yang diletakkan 'mengambil-alih' Malaysia.

    Sekadar ingin tahu

  3. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali hari ini tidak menafikan dakwaan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir bahawa Penasihat parti itu mempunyai hubungan baik dengan perancang utama pencerobohan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq, Paul Wolfowitz.

    Beliau berkata, namun persahabatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Wolfowitz yang juga seorang Yahudi itu digunakan bagi menegaskan mengenai soal keadilan dan kebenaran. Kita desak supaya tentera AS diundurkan dari bumi Iraq, kita desak pengagihan bantuan tsunami di Acheh dilakukan dengan adil dan kita desak nama ulama tersohor, Dr. Yusof Qardhawi dibersihkan daripada disenaraihitamkan.

    ''Saya nak tanya pemimpin UMNO mana yang berani mendesak Presiden George Bush bersihkan nama Qardhawi. Malah kerajaan sanggup tidak menerima kehadiran Menteri Luar Palestin dari Hamas kerana desakan AS. Jadi UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang sebenarnya tunduk kepada AS dan Yahudi, bukan Anwar," katanya di lobi Parlimen di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mukhriz yang dibuat sewaktu perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong yang mengaitkan Anwar sebagai agen Yahudi berikutan hubungan baiknya dengan Wolfowitz.

    Mukhriz dalam ucapannya Isnin lalu mendedahkan hubungan akrab Anwar dengan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS itu hingga Anwar dilantik menjadi Pengerusi sebuah yayasan yang diterajui Wolfowitz yang juga dikatakan penganut fahaman neo-konservatif.

    Menurut Azmin, kenyataan Mukhriz itu secara jelas boleh dilihat sebagai mewakili apa yang hendak disampaikan oleh bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

    ''Itu bukan ucapan dia (Mukhriz), tetapi ucapan bapa dia kerana bapa dia tak dapat masuk Parlimen dia gunakan anak dia untuk lempar tuduhan ini,'' katanya

Post a Comment