PKNS: MEMORANDUM KEPADA SULTAN SELANGOR

Semalam, Pemuda UMNO Selangor yang diketuai YB Shukor Idrus telah menghantar satu memorandum kepada Sultan Selangor untuk mengkaji semula pelantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Pemuda UMNO minta Ke Bawah Duli Sultan Selangor mengkaji semula pelantikan Khalid sama ada beliau layak atau tidak menjadi Menteri Besar kerana banyak keputusan dan tindakannya setakat ini jauh tersasar selain tidak mengendahkan sensetiviti dan maruah orang Melayu.

Pemuda UMNO Selangor juga akan menghantar satu bantahan rasmi kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung tindakannya melantik Low Siew Moi atau lebih dikenali sebagai Madam Low sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Pemuda UMNO sifatkan tindakan terbaru Khalid itu sebagai keputusan terdesak, Khalid juga terbukti tidak memahami sejarah penubuhan PKNS. Selain tidak mengikut tradisi, Pemuda UMNO percaya tindakan itu dibuat kerana akur desakan DAP.

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO mencadangkan agar Tan Sri Khlid baca semula sejarah PKNS. Jika dia tidak ada nama yang layak, kita sedia senaraikan nama orang Melayu yang bijak pandai yang mampu dan berkebolehan menjawat jawatan tersebut.

Tindakan Pemuda UMNO ini bukan menidakkan kebolehan bangsa lain cuma pelantikan tersebut tidak selaras dengan tradisi serta matlamat asal penubuhan PKNS. Soal sementara atau tetap tidak timbul kerana ia jelas bertentangan dengan tradisi dan sejarah. Madam Low sendiri merupakan bukti di mana bangsa lain diberikan tempat dan peluang selama berpuluh tahun dalam PKNS.

Kita juga melihat tindakan terbaru Khalid itu juga menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat cuba mencari publisiti murahan di kalangan kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina. Ini satu lagi bentuk tindakan murahan untuk kukuhkan sokongan bangsa lain kerana kita melihat rata-rata ahli perniagaan terutama peniaga Cina sudah hilang keyakinan kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Peluang perniagaan semakin sempit dan berkurangan kerana kelemahan kerajaan negeri yang ada sekarang mentadbir dan menjana ekonomi negeri.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

  1. Khalid kena cucuk hidung aka BONEKA

  2. Itu yang masalahnya.

    Sebelum ini (Sebelum PRU12) rakyat mempunyai persepsi bahawa kepimpinan Melayu yang diterajui UMNO mengabaikan apa yang sebenarnya diamanahkan pada mereka selama ini.

    Mereka (UMNO) lupa bahawa org Melayu merintih, mengeluh, menangis dan kecewa apabila soal-soal dasar yang membentuk keMelayuan antara lainnya spt bahasa dan budaya diabaikan dan dipinggirkan.

    Keresahan orang Melayu sebelum ini bukan tanpa sebab. Ada persepsi bahawa pemerintah sebeleum ini iaitu UMNO terlalu akur pada tuntutan orang lain sedangkan anak sendiri terbiar....

    Namun, bagaimana pula hala tuju PKR sekarang, adakah tindakan PKR ini mampu menjamin keMelayuan dan keIslaman kita.

    Tepuk dada tanyalah tangan... kotak manakah yang akan kita pangkah pada PRU 13 nanti.

  3. Khalid yg merupakan produk DEB sudah lupa apa tujuan PKNS ditubuhkan. Perbadanan Kemajuan Negeri yang merupakan kebanggaan pelaksanaan semangat DEB telah berjaya dipacu oleh Melayu sekian lamanya.

    Adakah Khalid cuba mengatakan bahawa Melayu tidak berupaya mengemudi PKNS dengan pelantikan Low? Apakah DAP memegang jari telunjuk Khalid untuk bersetuju dengan pelantikan ini?

    Boneka!

Post a Comment