ZAKAT KEPADA BUKAN ISLAM


SEKITAR MAJLIS PENYERAHAN MEMORANDUM DI PEJABAT ADUN KOTA DAMANSARA







Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Subang yang dipimpin Ketua barunya, saudara Harrison Hassan, membantah sekeras-kerasnya cadangan ADUN Kota Damansara, Dr Nasir Hashim supaya menyalurkan peruntukan zakat kepada bukan Islam di Selangor.

Tidak wajar seorang ADUN beragama Islam membangkitkan cadangan sedemikian kerana wang zakat keutamaannya adalah untuk membantu orang Islam yang memerlukannya.

Dr Nasir telah mengecewakan dan menghiris perasaan orang Islam di Selangor kerana wang zakat hanya untuk orang-orang Islam dan tidak seharusnya dihujahkan secara terbuka di Sidang DUN Selangor.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

5 Komen

  1. Golongan Yang Tidak Berhak Menerima Zakat:
    a- Zakat tidak boleh diberikan kepada orang yang jelas mempunyai hubungan nasab (darah) dengan keluarga Nabi s.a.w sebagai satu penghormatan kepada mereka dan disebabkan kerana mereka mempunyai sumber kemasukan lain dari harta awam dalam syariat Islam iaitu dari satu perlima harta rampasan perang.

    b- Zakat tidak boleh diberikan kepada semua orang yang wajib ditanggung nafkahnya oleh pembayar zakat yang kaya lagi mampu untuk memberi nafkah kepada mereka dari sudut syarak atau undang-undang.

    c- Zakat tidak boleh diberikan kepada orang bukan Islam kecuali untuk peruntukan orang-orang muallaf yang dilembutkan hatinya.

  2. Bangang punya manusia.....merosakkan Islam...apa komen orang PAS?

  3. Bro, salam, aku suka membaca dlm blog ko nie sehingga ke topik zakat nie aku rasa tindakan kurang bijak. Sebab dalam islam memang dibolehkan bagi zakat kepada orang bukan islam. Kita yang tak amik tahu hal ini kat mesia. Banyak sangat sebab yang kita dibolehkan bagi duit zakat ini kepada orang bukan islam.

    senang lawat link ustaz asri kat sini

    http://drmaza.com/home/?p=470

  4. Terima kasih Tuan Shahabudeen kerana sudi membaca dalam blog saya.

    Saya akan kaji semula mengenai isu ini tetapi secara peribadi apa yang lihat, adakah kita sudah terlalu kaya atau mewah sehinggakan wang zakat ini boleh diberikan pula kepada orang bukan Islam.

    Bagi akulah, masih ramai lagi orang Islam yang memerlukan zakat ini, oleh itu tidak kiralah Pemimpin UMNO atau PAS dan PKR atau BEBAS sekalipun yang beragama Islam, harus mencari satu alternatif untuk membantu seramai yang mungkin orang-orang Islam yang memerlukan, memerlukan wang zakat ini..... dan kemudian bantulah pula muallaf baru agar hidup mereka terjamin.

    Itu sekadar pandangan aku ajerlah. Terima kasih memberikan pandangan saudara.

  5. ramai lagi umat Islam yg perlu bantuan utk elak murtad.

Post a Comment