Cacing @ Eisenia Fetida









Sorilah, sejak akhir-akhir nie minat aku terhadap politik semakin kurang, semakin aku ingin menjauhkan diriku dari dunia politik dan isu-isu semasa Negara. Bukannya apa, takut terlepas ‘suro’ plak nanti kalau asyik nak fikirkan perjuangan politik yang tiada bertepian ini.

Selain itu, semenjak menceburi dunia ternak cacing ini, hidup aku dan keluarga ‘terarah 100%’ terhadap projek yang baru bermula ini, agar modal yang dilabur mendatangkan hasil yang memberansangkan kepada kehidupan kami sekeluarga.

Kenapa orang menternak cacing, antaranya ialah untuk mendapatkan baja organic cacing atau vermikompos. Begitu juga aku dan Juara Agro Resources… target kami adalah untuk menghasilkan baja vermikompos ini daripada 10kg cacing Eisenia Fetida atau lebih dikenali sebagai cacing harimau (tiger worm).

Baja organik cacing (vermikompos)

Baja organik kotoran cacing tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran maupun serangga. Baja yang terhasil dari kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan tanaman hiasan. malahan merupakan baja organik yang mesra alam.

fakta Penggunaan vermikompos berbanding baja kimia adalah 1:3. Artinya 1 kg vermikompos bersamaan 3 kg baja kimia.

Kebaikan kegunaan baja organik kotoran cacing adalah baja ini dapat meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur. Tanah juga tidak cepat padat seperti halnya kalau memakai tinja haiwan.

Baja Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi NPK yg mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, trace element, mikrob berfaedah (nitro & phoshobactors), asid humic / fulvic, ph neutral, pest repellant semulajadi, penggalak pertumbuhan/buah dll.

Faktor penjimatan / keuntungan penggunaan Vermikompos:
* kurang pembajakan antara musim
* kurang masalah perosak
* pertambahan pengeluaran hasil
* mutu rasa & ketahanan hasil (rasa crunchy & shelf-life lebih lama)
* penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila mutu tanah sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos memulihkan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisien.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

6 Komen

  1. Salam perjuangan,

    Bro, kenape x letak article ni kat blog Juara Agro Resources? Anyway, selamat maju jaya! Berharap kita akan bekerjasama di masa hadapan.

    "Memperkasa Generasi Baru"

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com

  2. Dear Bro,
    I am interested in this worm venture.Could you please furnish where to get this worm and what is the initial capital in order to start.
    At the moment i'm doing catfish farming and chilli taiwan fertigation.
    I can be contacted at kochebin@yahoo.com

  3. Assalammualaikum.

    Pemuda IKS... bukannya tak mahu masukkan, tapi tak larat nak masukkan kat www.juara-agro.blogspot.com, dah kul 2.30 pagi bro.

    Dah masuk... silalah layari blog saya yang tak seberapa nie.

    Untuk Tuan 'profit', bagus kalau nak join bisnes cacing nie, tapi kena cepat sebab kalau tak silap saya, kerajaan akan stop import cacing dari luar, bagi meluaskan pasaran penguasa tempatan. Cuma ... harga akan naik sikit sebab ..entahlah, saya pun tak tahu nak cakap apa.

  4. Anonymous
    12:01 PM

    Selamat jadi tauke..

Post a Comment