Akhirnya, apa yang dijangka terjadi…benar-benar terjadi. Jika sebelum ini, suasana pemilihan dalam Wanita UMNO nampak macam tenang, namun kini sudah mula menampakkan belang sebenarnya. Mungkinkah ’perang dingin’ yang berlaku dalam Wanita UMNO, hanya satu sandiwara ataupun sudah dirancang sejak sekelian lama, mungkin selepas PRU yang lalu.Hakikatnya, aku tak layak untuk memperkatakan persoalan politik Wanita UMNO, namun sebagai orang luar yang melihat kekuatan UMNO selama ini terletak kepada Wanita... sedikit sebanyak ia turut akan mendatangkan kesan kepada UMNO keseluruhannya.
Paling mudah aku katakan- Shahrizat dijerat kanan dan kiri. Mungkinkah Shahrizat TIDAK SETIAKAWAN akibat tindakannya menerima jawatan Pembantu Khas PM bertaraf Menteri selepas PRU yang lalu sedangkan ketuanya, Datuk Seri Rafidah Aziz menang bertanding di Parlimen Kuala Kangsar sedangkan Shahrizat ditolak dari dalam dan luar UMNO/BN dalam PRU yang lalu di Lembah Pantai.
Kini mungkin terjerat dengan permainan Wanita UMNO yang dilihat mahu menjerat Shahrizat akibat tindakannya itu.
Hanya Wanita sahaja yang tahu, kalau dilihat secara logiknya, apa ertinya Rafidah mempertahankan jawatan hanya sekadar untuk tiga bulan selain mahu mempermainkan Shahrizat.
Andai benar peralihan ini benar-benar terjadi, 3 bulan selepas perhimpunan Mac ini, Shahrizat akan mengetuai dengan memangku Wanita tanpa ada Naib, sedangkan dalam senario hari ini yang menunjukkan UMNO dan BN dalam keadaan yang cukup tidak kuat.
Apa keuntungan buat wanita jika keadaan ini berlaku? Benarkah shahrizat akan dapat bertahan sebagai Naib sekiranya Kamilia akan tetap bertanding. Jawatannya tidak, wanita mahu pemimpinnya berani, tegas dan berpendirian. Jika Kamilia juga tidak mahu mengalah, bermakna Shahrizat akan di tekan kanan kiri... untuk memastikan survival perjuangannya.
Siapa menjerat, siapa terjerat, siapa yang untung. Hanya Wanita UMNO sahaja yang tahu.

12:46 PM
ni ke kita nk panggil Khadijah atau Aisyah era baru..geleng pala aku..pi mai, pi mai, tang tu gak..