Pemuda UMNO Bukit Bintang berpendapat bahawa ugutan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) , Datuk M Kayveas untuk membawa partinya keluar Barisan Nasional adalah tindakan yang bersifat biadap, tidak mengenang budi dan langsung tidak menghormati prinsip dan asas kebersamaan yang menjadi teras kejayaan Barisan nasional memimpin negara ini selama lebih separuh abad.
Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin berkata, Datuk M Kayveas memang terkenal sebagai personaliti yang gemar mengundang kontroversi. Mungkin pada pandangan beliau, cara sedemikian adalah satu-satunya kaedah untuk menarik perhatian umum terhadap dirinya. Apapun, beliau harus sedar bahawa ada perkara perkara yang tidak seharusnya dipermainkan semata-mata untuk mencari publisiti murahan.
Datuk M Kayveas tidak seharusnya mengetepikan semangat kerjasama dan setiakawan yang terjalin dikalangan parti komponen Barisan nasional selama ini, hanya kerana kepentingan politik peribadi dirinya sendiri.
Memang diakui bahawa parti-parti komponen dalam Barisan Nasional mungkin mempunyai pendirian berbeza tentang isu-isu tertentu. Ini sudah menjadi lumrah dalam sebuah gabungan parti politik berbilang kaum seperti barisan Nasional. Namun begitu, setiap perkara boleh dibincang dan diselesaikan secara teratur dan sopan melalui mekanisme-mekanisme yang sedia ada dalam BN.
Tindakan mengugut untuk keluar dari BN jelas menggambarkan bahawa Datuk M Kayveas jelas tidak ikhlas dalam perjuangannya bersama Barisan Nasional. Sebaliknya ia menunjukkan bahawa beliau sanggup mengambil kesempatan terhadap situasi yang dihadapi BN selepas Pilihanraya Umum, Mac 8, 2008. Jauh sekali dari merapatkan barisan untuk memperkukuhkan Barisan Nasional demi menawan semula negeri-negeri yang terlepas ke tangan Pembangkang, Datuk M Kayveas memilih untuk memijak kepala rakan-rakan parti komponen yang lain, demi untuk memperlihatkan dirinya seolah-olah hebat dan berani.
Hakikatnya sifat yang ditunjukkan itu adalah sifat oportunis. Jika tidak, mengapa Datuk M Kayveas tidak membuat tuntutan atau ugutan dalam tahun-tahun sebelum ini? Bukankah ISA sudah berdekad-dekad usianya? Bukan kah sudah ada suara-suara yang menentang ISA sebelum ini? Datuk M Kayveas tidak pernah berkata apa-apa. Mengapa sekarang?
Tindakan Datuk M Kayveas ini melampaui batas-batas persaudaraan dan muhibbah serta semangat setiakawan Barisan Nasional. Justeru itu Pemuda UMNO Bukit Bintang ingin menggesa kepimpinan tertinggi Barisan Nasional untuk mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap Datuk M Kayveas secara peribadi diatas tindakannya yang jelas terpesong dari etika disiplin sesebuah gabungan politik muhibbah seperti Barisan Nasional.
Tindakan yang tegas dan segera akan memastikan bahawa Barisan Nasional sentiasa bertindak dengan satu suara dan satu nada, dan tiada lagi mana-mana pihak di kalangan semua parti komponen yang akan memperkotak-katikkan pendirian politik Barisan Nasional dalam apa jua isu berkaitan pengurusan negara.

9:34 AM
Hakikatnya, Pak Lah yang ngok sebenarnya. Kalau pemimpin BN kurang ajar, macam Kayveas nie, tan Lian Hoe dan Samy Vellu.... tak ada apa-apa tindakan yang diambil.
Tapi bila pemimpin UMNO macam Ahmad Said (Bukit Bendera) ...pertahan maruah orang Melayu...kena gantung.
Lainlah macam Zaid Ibrahim, memang layak kena singkirkan dari UMNO pun.
Di mana letaknya maruah Melayu sekiranya UMNO sendiri meletakkan pemimpin UMNO bhg tiada maruah macam Ahmad Said nie, dahlah....UMNO kenalah fikirkan sendiri.
Semoga Datuk Najib yang bakal menerajui kepimpinan UMNO Mac nie, akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meletakkan UMNO dan BN di mercu kejayaan sebagaimana yang kita nikmati di zaman Dr Mahathir dulu
3:06 PM
org skang ni suka nak ugut je..aku suka tgg..apa yg diugut puak2 tu buat ke x..