GPMS ingin menyatakan ketidaksetujuan dan menolak sama sekali kaedah sesetengah pihak yang membawa isu PPSMI ke jalanan. Merancang demonstrasi, mengumpulkan khalayak - khusus dalam menyatakan rasa tidak puas hati dengan isu PPSMI adalah sesuatu yang amat tidak wajar dan mungkin mengundang pelbagai polemik yang lain.
Presiden GPMS, Dato’ Reezal Merican Naina Merican berkata, isu PPSMI adalah isu yang besar dan terkait langsung dengan masa hadapan generasi muda Malaysia, khususnya kelompok pelajar. Sewajarnyalah, isu PPSMI ini diperhalusi secara bijaksana, dalam ruang lingkup akademik dan perkongsian pemikiran yang ikhlas. Membawa isu yang sebesar dan sepenting ini - ke kaki lima pusat membeli belah dan jalanan, adalah suatu langkah yang dangkal dan tepu sahsiah.
GPMS cukup kesal, di atas landasan memperoleh 'keuntungan politik', sesetengah pihak sanggup menggadai kepentingan pendidikan anak bangsa dengan budaya berdemonstrasi yang tidak menguntungkan sesiapa. Apakah ruang yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, melalui penganjuran Sidang Meja Bulat mengenai PPSMI - tidak cukup terbuka buat mereka ini mengemukakan pandangan? Apakah perlu demontrasi menjadi galang ganti kepada kaedah 'engagement' yang lebih akademik dan terbuka?
GPMS menaruh rasa percaya, bahawa kelompok yang memulakan kaedah demontrasi dalam membicarakan isu PPSMI ini adalah kalangan mereka yang gemar menggunakan 'demonstrasi jalanan' sebagai kaedah menyelesai masalah. Cukup memualkan, apabila isu yang sepenting PPSMI inipun mahu dijadikan wahana memperoleh dokongan politik.
GPMS ingin menegaskan, bahawa ia lebih gemar mengambil pendekatan yang terbuka dalam membicarakan isu PPSMI. Bermula dengan penyertaan di dalam Sidang Meja Bulat; dan akhirnya membicarakan usul PPSMI di dalam Perhimpunan Agung Tahunan yang lalu. Walaupun punya pandangan yang berbeda, keputusan ramai telah diperoleh - bahawa GPMS menganggap pelaksnaan PPSMI tidak terlalu menguntungkan kumpulan pelajar Melayu, khususnya mereka yang berada di pedalaman.
Semua ini dilakukan dalam ruang lingkup perdebatan yang sihat dan terbuka. Kalangan pimpinan institut pengajian tinggi juga dibenarkan membentangkan pandangan dan pendapat mereka. Natijahnya, keputusan dan pandangan ini telahpun dimaklumkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.
Soalnya, apakah pandangan yang demikian sifatnya, yang menggunakan platform perdebatan yang terbuka - punya nilai yang kurang daripada jerit pekik di kaki lima pusat membeli belah? Apakah demonstrasi jalanan sudah menjadi 'kemuncak' kepada soal pemutusan keputusan polisi dan dasar sesebuah kerajaan, waima dalam isu yang sepenting pendidikan?
GPMS ingin menyeru dan mengajak kumpulan budayawan agar mengambil sikap yang lebih terbuka dalam menyatakan pandangan mereka. Adalah menjadi harapan GPMS jua, agar mereka tidak sesekali 'diperalatkan' oleh pihak tertentu, dalam mencari dokongan budaya demonstrasi politik jalanan di atas isu yang sepenting dan se-fundamental PPSMI ini.
Pendirian dan pandangan, sewajarnya dikemukan secara akademik dan tidak terdorong oleh nafsu politik semata-mata.

8:59 AM
Hak dan kebebasan bersuara sudah disalahguna dan dieksploitasikan dengan niat tidak baik. Dalang disebalik demonstrasi GMP ialah parti-parti politik Pakatan Rakyat.
AWAS! mereka sedang menggembeling tenaga menggunakan GMP sebagai umpan dan perisai bagi mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 7 MAC 2009. Sebenarnya demonstrasi yang akan menggunakan pejuang-pejuang BAHASA ini sebenarnya adalah bagi melindungi hasrat sebenar mereka untuk menaikkan semangat menentang kerajaan bersempena dengan ulangtahun genap setahun PRU 12 pada 8 Mac 2009 dimana mereka telah mendapat sedikit kejayaan yang luar dugaan! Pejuang Bahasa juga diperguynakan untuk mencapai hasrat terselindung mereka untuk memalukan UMNO yang akan mengadakan Persidangan Agungnya pada bulan MAC 2009.
AWAS! Dan tindak tanduk mereka-mereka ini sudah tiba masanya diHENTIKAN dengan TEGAS! GMP ditubuhkan oleh mereka dan diperkudakan untuk politik jahat! Jangan terpedaya dengan nama-nama tokoh pejuang bahasa yang kononnya mengemudikan GMP! Dan adakah sebenarnya mereka ini pejuang yang tulen?
10:01 AM
Oleh yang demikian, pihak-pihak berwajib harus mengambil tindakan segera daripada membiarkan masalah ini merebak ke tahap yang lebih serius
9:55 PM
Kita tidak tahu hasrat hati sebenar GPMS kalau kita tidak berbincang dari hati ke hati.... mungkin yang diperjuang mempunyai cita-cita murni memperbetulkan keadaan...