MUKHRIZ TETAP TERUSKAN PERJUANGAN

Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir menegaskan beliau tetap bersama UMNO untuk memperjuangkan kepentingan rakyat walaupun tiada jawatan dalam parti. Keikhlasan beliau tidak perlu diragui oleh mana-mana pihak walaupun pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda tidak memihak kepadanya.

Beliau berkata, perkara paling penting ketika ini ialah membantu ahli-ahli akar umbi dalam menyelesaikan masalah yang telah diluahkan kepadanya sepanjang kempen pemilihan.

"Saya mendapat sokongan akar umbi dan ia merupakan aset penting bagi parti terutama dalam menghadapi pilihan raya kecil dan kalau itu boleh membantu UMNO untuk mendapatkan keyakinan semula rakyat, itu yang akan saya tumpukan,'' .

Pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO semalam menyaksikan Khairy Jamaluddin memenangi jawatan itu dengan memperolehi 304 undi, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo 254 undi manakala Mukhriz mendapat 232 undi.

Mukhriz juga tidak mengharapkan apa-apa jawatan daripada Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak sama ada dalam parti atau kerajaan.

"Soal jawatan dalam parti atau kerajaan saya tidak mahu komen kerana itu hak orang, saya tidak mahu beri sebarang tekanan kerana walaupun tidak ada jawatan, saya tetap berjuang untuk bangsa,'' katanya.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Mukhriz memang pilihan akar umbi

  2. Anonymous
    3:01 PM

    Yang lurus selalu jadi titi tempat berpijak.. Tak kesahlah..moga perjuangan Mukhriz berbalas pada masa hadapan..apabila satu pintu tertutup..10 pintu akan terbuka. Bagi Setan yang menang tu..ingatlah..satu pintu terbuka..10 pintu lain akan tertutup..INGAT TU..dunia ni kechik je

Post a Comment