PEMUDA DEDAH AGENDA BESAR ‘MUSUH NEGARA’

Agenda besar (grand design) penuh muslihat untuk meruntuhkan negara kini jelas di mata khalayak ramai menerusi siri rusuhan, gerakan kumpulan, fitnah dan tindakan untuk menghasut dan menghuru-hara negara dengan melemahkan kekuatan institusi-institusi yang menunjangi kemerdekaan Malaysia.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dato' Seri Hishammuddin Hussein berkata, musuh negara itu sentiasa mengintai peluang dan mengeksploitasi keadaan untuk kepentingan muslihat mereka. Mereka yang merancang agenda besar menghuru-harakan negara itu tidak mahu melihat institusi dan tunjang kekuatan negara masih kekal membentengi negara yang merdeka dan berdaulat.

"Agenda besar itu jelas menerusi gerakan melemahkan perpaduan masyarakat Melayu, meruntuhkan Parti kita, dan agenda besar itu kini terpampang di depan kita hari ini. Tidak pernah sebelum ini ada anak Melayu yang tergamak baring dan terlentang di tengah jalan raya menghalang kenderaan raja, anak Melayu tidak sanggup membaling batu kepada rajanya sendiri, tidak mungkin ada anak Kuala Kangsar dan tidak mungkin rakyat Perak berbuat biadap kepada raja.

Sebaliknya jelas yang biadap dan menderhaka itu warga asing dan pihak yang tidak sedar dirinya diperalat untuk memenuhi muslihat besar musuh negara."

Sehubungan dengan itu, gelombang besar kebangkitan Pemuda kini bermula dengan suntikan dan pemulihan semangat Pemuda Perak menerusi latihan persiapan jentera pilihan raya Pemuda UMNO sejak tiga hari lalu.

Latihan yang sama bakal diperluaskan ke peringkat akar umbi di seluruh negara yang menjadi tunjang kekuatan UMNO bagi melahirkan anak-anak Melayu yang sanggup berjuang habis-habisan. Pemuda UMNO Negeri Selangor, Pemuda UMNO Negeri Wilayah Persekutuan dan Pemuda UMNO Negeri Johor sudah pun berjanji untuk menyahut seruan itu dan bersama-sama menyemarakkan gelombang kebangkitan itu.

Gelombang kebangkitan Pemuda UMNO ini akan menghalang usaha PKR dan konconya untuk mengambil kesempatan memecah-belah ahli, melaga-lagakan pemimpin dan melemahkan UMNO ketika di dalam suasana pemilihan parti.

Bagaimanapun, kesan daripada kemelut Melayu yang melanda Pemuda UMNO 10 tahun lalu, tidak lagi wujud kini kerana parpaduan sayap kanan parti ini masih mantap walaupun berlaku pertandingan tiga penjuru bagi jawatan tertinggi Pemuda UMNO Malaysia. Sebaliknya sejarah kebangkitan Pemuda UMNO kini bermula dengan ahli akar umbi daripada Perak.

Kebangkitan Pemuda UMNO akan menyekat impian penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim konon hendak mencatat hatrik menang tiga pilihan raya kecil berturut-turut selepas Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Pemuda UMNO akan menyedarkan generasi dan pengundi muda taktik kotor pembangkang mencampur-aduk maklumat benar dan separuh benar untuk mengelirukan dan memikat hati.masyarakat.

Bagi Pemuda UMNO, mereka yang biadap sedemikian kepada orang ramai dengan menuduh dan memfitnah sambil berselindung di sebalik imuniti Dewan Parlimen adalah pengecut dan pemimpin Melayu yang sanggup diperalatkan untuk melembar tohmahan terhadap pemimpin adalah pengkhianat besar.

Dengan kebangkitan Pemuda UMNO itu, segenap lapisan jentera akan digerakkan untuk menghadapi segala cabaran dengan penuh disiplin dan seterusnya memenangi pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bikut Selambau dan Batang Air pada 7 April ini.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Anonymous
    3:21 PM

    UMNO bolih masuk Sarawak ke ?
    changkat lobak
    arjuna waspada

  2. tahniah Sdr

    di blog saya juga turut mengulas kebangkitan Pemuda UMNO ..

    saya yakin jatidiri perlu lebih diterapkan kepada anak2 muda dalam Pemuda ..perjuangan UMNO kini bukan shj membela agama ,bangsa ,dan negara tetapi menentang musuh negara yang mempunyai agenda besar dlm negara kita .

Post a Comment