Kita kena perjuangkan hak rakyat dan kalau kita gagal, rakyat akan cari tempat lain. Kepimpinan perlu terima hakikat, Pemuda perlu jadi suara rakyat.
Beliau ditanya mengenai perubahan yang diperlukan Pemuda UMNO dan apa yang akan dilakukan beliau sekiranya dipilih mengisi kerusi Ketua Pemuda UMNO yang dikosongkan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein.
”Selain menjadi suara rakyat, Pemuda perlu melakukan proses "pendidikan politik" dan mengukuhkan peranan Pemuda BN di semua peringkat. Kena buat pendidikan politik. Ini yang kurang, sebab itu ada masuk UMNO untuk dapat projek bukan untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara," ujar Dr Mohamad Khir ketika ditemubual sahabatku di Bernama, Syed Azwan Syed Ali.
Beliau berkata Pemuda UMNO juga perlu mendesak kerajaan untuk melakukan perubahan dalam pentadbiran kerajaan dan polisi ekonominya bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC bermula 25 Mac ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO.
Dr Mohamad Khir, akan ditentang Naib Ketua Pemuda UMNO merangkap anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, 33, dan EXCO Pemuda UMNO yang juga Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir.
Mengapa beliau menawarkan diri untuk bertanding?
Dr Mohamad Khir: "Jika kita lihat kekalahan kita pada pilihan raya 2008 yang banyak merosot kerana masalah pengundi muda. Jadi isu sebenar dalam Umno dan Malaysia ialah isu orang muda. Jadi kalau saya bertanding jawatan lain, dalam MT misalnya, tapi Umno kalah dalam pilihan raya... tak de maknanya. Jadi saya turun ke bawah untuk menawarkan diri secara realiti bahawa Pemuda perlu diperbaharui dengan motto "Pemuda Berani".
Beliau juga menggesa perwakilan Pemuda berfikir secara rasional dan membuat pemilihan secara ikhlas, jujur dan mengutamakan calon yang berpengalaman.
"Ini kerana pemilihan kali ini penting untuk menentukan hidup dan mati Umno yang kini dalam kritikal. Kalau pemimpin tidak mampu lakukan (perubahan) serta merta, kita mungkin kalah di (pilihan raya kecil Parlimen) Bukit Gantang. Pilihlah pemimpin yang sedia turun ke bawah. Sekarang tidak boleh bincang pasal laba atau projek kerana UMNO sekarang amat kritikal dan dinilai secara terperinci oleh rakyat," katanya.

9:34 AM
GEMPAR BERITA TERKINI MENGENAI PIMPINAN PKR!
BACA DI SINI!
http://parpukari.blogspot.com/2009/03/yb-fairus-tkm-1-pp-akan-meninggalakan.html
9:43 AM
Macamni lah...
Pemuda UMNO janganlah terlibat dengan "perkara jahat" yang dicemuh rakyat. Begitu juga dengan Puteri. Anda semua masih anak-anak dalam perjuangan. Sebagai anak-anak, jangan belajar yang buruk. Belajar yang baik. Usahakan Kursus-kursus etika kepimpinan dan Integriti sebagai seorang pemimpin.
Sudah lama tak dilaksanakan. Sejak Kepimpinan Pak Lah, sekalipun belum pernah UMNO membuat kursus kepimpinnan.
4:25 PM
alamak, Fairus janganlah tinggalkan PKR...nanti susah. nampak sangat PKR tu bermasalah, macam mana nak pimpin negara.