RAZALI MINTA 700,000 PEMUDA UMNO BUAT LAPORAN POLIS

Ketua Pemuda UMNO Johor Datuk Razali Ibrahim meminta semua 700 ribu ahli Pemuda UMNO seluruh negara untuk membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh kerana membuat kenyataan menghasut semasa berbahas di Dewan Rakyat minggu lalu.

Katanya laporan itu boleh dibuat di bawah Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutuan kerana tuduhan yang dibuat oleh Karpal bahawa Pemuda UMNO yang menghantar peluru kepadanya adalah palsu.

Katanya, walaupun Karpal membuat kenyataan tersebut di dalam Dewan Rakyat tetapi berdasarkan peruntukan 63 (4) Perlembagaan Persekutuan, Karpal masih boleh didakwa.

Mengikut rekod, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Mark Koding pada tahun 1982 telah dijatuhkan hukuman denda kerana membuat kenyataan yang meghasut semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong pada 17 Oktober 1978.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

4 Komen

  1. Anonymous
    9:41 PM

    Aku setuju dengan cadangan kita boikot saja produk/servis depa, tapi sapa yang nak kempen?

  2. http://pkrpasdap.blogspot.com

    PAS guna samad said pula...

  3. Yang ini barulah idea yang hebat dan saranan yang berkualiti, bukannya bila ada isu sikit-sikit demo, sikit-sikit demo. Macam dah jadi monat calon no 3 KP dengan demo ni. Kalau pembangkang buat kata depa tu berok jalanan.....yang kamu tu apa?

  4. BETUL TU AKUSAYANG UMNO, AKU PUN STYLE RAZALI NI, AKU HARAP DIA JADI TIMBALAN KP LA....BAGUS DIA NI..

Post a Comment