BERAHIM ALI TUNGGU `PINANGAN’ UMNO

Setelah sekian lama meninggalkan UMNO, hari ini Ibrahim Ali secara terbuka menyatakan menunggu pinangan UMNO. Namun, beliau tidak akan meminang UMNO dan pinangan UMNO itu akan ditelisi terlebih dahulu sebelum menerimanya.

Ibrahim, digugurkan daripada jawatan Ketua UMNO Pasir Mas, pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya seumur hidup dalam UMNO kerana bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004. Beliau bagaimanapun tewas kepada calon Pas, Ismail Noh.

Beliau sebelum ini membayangkan akan membuat 'satu kejutan' terhadap senario politik dan menunggu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melakukannya terlebih dahulu.

Dr. Mahathir mengumumkan menyertai semula UMNO semasa perhimpunan Agung UMNO 2008, Mac lepas.

Kini, terpulang kepada Presiden dan MT UMNO hari ini untuk mempertimbangkan kemasukan semula Datuk Paduka Ibrahim Ali yang bagi aku cukup komited memperjuangkan nasib Melayu dan Islam.

Buang yang keruh, ambil yang jernih. UMNO perlu diperkukuhkan semula, perlu suara-suara lantang yang berani bukannnya `yes man’, ‘yes bos’ sepertimana yang kita ada sebelum ini.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. SALAM SAHABAT GUNUNG..

    ADA UCAPAN PENGHARGAAN DARI PERAK DI BLOG KAWAN..

    http://abangtuah.blogspot.com

Post a Comment