Nizar dah akui sendiri di dalam borang penamaan calon Parlimen bukit Gantang bahawa beliau merupakan ADUN, ini bermakna beliau akui secara jelasnya bahawa beliau bukan lagi seorang MB.Apabila bukan lagi bertaraf MB, beliau hendaklah memulangkan segala kemudahan dan keistimewaan yang beliau perolehi sebagai MB, termasuklah kereta Camry AGS 10.
Tepai kenapa sampai hari ini, beliau masih menggunakan kereta tersebut? Ini membuktikan bahawa beliau bukan seorang yang matang dan masih belum menerima hakikat bahawa beliau bukan seorang MB lagi.
Apapun, sebagai manusia ... aku mendoakan agar Nizar akan lebih berjaya di masa depan. Teruskan perjuangan demi agama, bangsa dan negara. Bukannya meneruskan perjuangan sebagai boneka DAP yang mahu melenyapkan keistimewaan Melayu dan Islam di negara kita sendiri.

9:43 PM
pulang pun watpe? takan zambry mamak nak pakai? die pun bukan MB lagi.. tak caye tanya najib.. najib kate tggu makamah putus kan..
amaran keras!
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/amaran-keras.html
9:47 PM
Salamz...
tahu pulak si baginda ni nak tunggu keputusan mahkamah
apsal tak cakap camtu kat nizar, baginda?
sesuka dan sesenang hati dia je memutuskan dia nak jugak pakai camry tu
hahahaha
12:05 AM
Pulangkan ajerlah kereta tu. Aku juga harap agar Zambry tak pakai kereta tu. Tapi gunakan kereta tu untuk agensi kerajaan negeri.
MB dan EXCO yg ada sekarang, pakai balik kereta Perdana V6.
1:40 AM
insya-Allah, dengan kebijaksanaan dan pertimbangan MB Zambry nanti, bila kembiri-kembiri tu dah dipulangkan, MB Zambry akan jual balik untuk dptkan untungnya.kembiri-kembiri tu masih ada harga walaupun mungkin x setanding dengan modal yang dibuang untuk membelinya dulu.eloklah, jual kembiri-kembiri tu dan gunakan duit yang pulang nanti, agih-agih ntk kepentingan rakyat jelata.perak ni luas..banyak lg tempat yg perlukan pembangunan.contohnya tempat aku kat pekan selama tu..mundur sangat.dulu dapat kat Pakatan, agenda pertama yg diorang buat ialah anjurkan ceramah kat padang besar konon nak rai kemenangan tadbir Perak..rendah sungguh mentaliti.banyak poster-poster gamba Nizar tersengih siap ngan slogan yang konon manis dan penuh madu khas untuk rakyat.perjumpaan kat Batu Kurau, dia datang, tapi masa tu aku dengar dari mulut org-org PAS sendiri yg mereka x senang ngn Nizar ni...dtg penuh ego dan berlagak..nauzubillah