Bekas Setiausaha Pemuda dan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Lokman Noor Adam mendakwa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga kini tidak mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong melepaskan jawatan disebabkan peranan penting Elizabeth kepada parti itu.
Lokman yang juga merupakan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendakwa pada bahawa pada tahun 2003, Anwar telah menghantar pimpinan kanan PKR ke Washinton DC untuk mendapatkan dana daripada George Soros untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-11 ketika itu.
Menurutnya, pertemuan itu telah diaturkan oleh Tian Chua dan pimpinan PKR yang menghadap George Soros ketika itu ialah Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali dan Khalid Jaafar.
Bagaimanapun katanya, Tian Chua tidak ada pada pertemuan itu sebaliknya beliau menghantar Elizabeth Wong untuk menguruskan pertemuan tersebut.Menurut Lokman,pertemuan mereka terbongkar apabila berlaku pertengkaran diantara Azmin Ali dan Elizabeth apabila Azmin tidak membenarkan Elizabeth memasuki perbincangan tersebut kerana khuatir ada pihak luar yang mengetahui tindakan mereka menagih dana dari Soros. Menurut Lokman,beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh Ezam semasa mesyuarat 'inner circle mereka'.
"Ini jelas membuktikan bahawa Anwar mengamalkan dasar 'Double Standard' kerana bila Bekas ADUN Bukit Selambau terlibat dengan masalah moral (perempuan simpanan) dia segera desak agar ADUN tersebut meletakkan jawatan,sebaliknya walaupun Elly berhadapan dgn masalah ketagihan Rokok,arak dan yg terkini masalah gambar bogel serta hubungan dengan pemuda Islam (Hanif), Anwar mempertahankan Elizabeth habis-habisan".
“Anwar masih tidak mahu Elizabeth meletakkan jawatan kerana Elizabeth adalah ‘jambatan’ kepada dana yang diberikan kepada PKR dari pihak asing yang mahu mengkucar-kacirkan negara,” katanya pada ceramah ‘kenapa harus tolak Pas’ di sini, malam kelmarin.
Pada 1997, George Soros dilabel sebagai penyangak mata wang yang menyebabkan ekonomi negara merundum dan ekonomi Asia juga turut tergugat.
Lokman juga berkata antara punca beliau dan ribuan anak muda lain tidak percaya bahawa Anwar seorang peliwat pada tahun 1998 adalah kerana ulamak PAS, bekas Imam Besar Masjid Negara ketika itu (Ustaz Taib Azamuddin) menyembunyikan kebenaran apabila kebenaran itu tidak menguntungkan politik PAS.Beliau melahirkan kekecewaannya kerana Taib merahsiakan pengakuan yg dibuat dihadapannya sebelum Anwar dipecat iaitu pengakuan oleh Ahmad Hairani (Bekas Penulis Ucapan Anwar) dan Amir Hamzah bahawa mereka telah diliwat oleh Anwar.
“Kalau dia beritahu perkara ini kepada umum sejak awal lagi, sudah pasti orang seperti saya tidak akan terpedaya dengan manusia yang bernama Anwar Ibrahim,” katanya.
Semantara itu, beliau menyeru pengundi Bukit Gantang menolak calon Pas, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, 7 April ini.

8:26 PM
menunggu lebih banyak pendedahan dan pembongkaran.semoga anwar dapat ditelanjangkan dan diseret di dada-dada semua akhbar hingga ke muka pintu mahkamah dengan segera.kalau virus serang laptop aku, segera aku scan dan nyah sebelum jadi parah dan akhirnya kena format..ini manusia lebih mengancam dari virus.lebih dahsyat dari trojan..boleh punahkan seluruh sistem