KHEMAH KERJA PERDANA PEMUDA UMNO MALAYSIA

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan melaksanakan 'Khemah Kerja Perdana' Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, bermula daripada 30 April sehingga 3hb Mei 2009 ini. Seluruh Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan barisan Ketua-Ketua Pemuda UMNO Negeri dijadualkan hadir bersama di sepanjang penganjuran khemah kerja ini.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Dato’ Reezal Merican Naina Merican berkata, Penganjuran 'Khemah Kerja Pemuda UMNO Malaysia' hujung minggu ini membawa hasrat dan niat untuk memperkukuh agenda gerak kerja Pemuda di segenap peringkat.

Pasca pemilihan UMNO yang lalu, ahli Pemuda di seluruh Negara dijangka menantikan halatuju dan gerak kerja yang bakal dilaksanakan selepas daripada ini.

Antara objektif utama 'Khemah Kerja' ini adalah seperti berikut:-

1. Membina kesepakatan dan semangat kerjasama;
2. Membina 'esprit de corp' yang kukuh;
3. Menentukan gerak kerja Pemuda (2008-2011);
4. Memperteguh jatidiri;
5. Membugar semula agenda 'latihan dan pendidikan politik' seperti yang dikehendaki oleh YAB Presiden parti;


YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan keseluruhan saf kepimpinan akan menggariskan agenda gerakan yang menyeluruh.

Ini termasuk penyusunan dan penubuhan biro-biro yang selari dengan cita dan hasrat kepimpinan parti. Cukup yakin, bahawa khemah kerja ini akan membawa hasil yang baik dan positif. Lebih penting lagi, semua hasrat dan keinginan pelaksanaan gerak kerja ini mesti diturunkan kepada peringkat akar umbi dengan seberapa segera.

Khemah Kerja ini juga dijangka menjadi platform perbincangan tentang pelbagai 'approach', mekanisme dan kaedah baru Pemuda dalam mendekati generasi muda. Komitmen Pemuda UMNO Malaysia dalam menjadi 'catalyst' dan pemangkin usaha pemerkasaan parti akan dimulakan dengan seberapa segera.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

4 Komen

  1. Anonymous
    10:09 AM

    Bro,dengar cam hebat jer program tu,tetapi risau juga kut program tu jadi program memperkasakan kekuatan ketua pemuda saja bukan memperkuatkan UMNO,Dah lama program tu tak ujud sejak UMNO dirosakkan,
    harap harap jangan ada udang balik bukit.....

  2. Harap admin letak kata2 yg saya petik dr buku " UMNO dan Malayan Union " dan buku " Onn Ja'afar:Pejuang Terbilang,Pengasas Sebuah Negara Bangsa " keluaran MPH Publishing.Boleh beli kat kedai buku MPH dan Popular.


    " Melayu hanya boleh selamat apabila kuat dan kuat apabila bersatu padu "

    " Timbangan neraca nasib bangsa kita adalah di dalam genggaman orang Melayu pada hari ini "


    Moga dpt menyemarakkan jati diri bangsa kita..

  3. Harap admin letak kata2 yg saya petik dr buku " UMNO dan Malayan Union " dan buku " Onn Ja'afar:Pejuang Terbilang,Pengasas Sebuah Negara Bangsa " keluaran MPH Publishing.Boleh beli kat kedai buku MPH dan Popular.


    " Melayu hanya boleh selamat apabila kuat dan kuat apabila bersatu padu "

    " Timbangan neraca nasib bangsa kita adalah di dalam genggaman orang Melayu pada hari ini "


    Moga dpt menyemarakkan jati diri bangsa kita..

  4. Assalammualaikum.

    Terima kasih atas komen dan kata-kata semangat yang saudara berdua berikan.

    Bagi saya, kita semua pekerja parti. Parti harus diletakkan di depan berbanding individu atau kepentingan peribadi.

    Oleh itu, saya menasihatkan diri saya sendiri untuk ikhlas berjuang untuk UMNO.... saya akan bantu siapa sahaja dari Presiden hinggalah ke ahli UMNO di peringkat akar umbi.

Post a Comment