Penantian satu penyiksaan. Akhirnya, terjawab sudah persoalan BN tidak akan meletakkan calon di Penanti selepas penyandangnya melepaskan jawatan sama ada rela ataupun tidak dengan alasan meneruskan pelajarannya.
Dalam masa yang sama, Pakatan Rakyat tidak dapat mengelak untuk menuduh dan mendakwa BN pengecut dan tidak mahu menerima cabaran untuk bertanding di Penanti.
Dalam hal ini, aku menyokong penuh tindakan Pengerusi BN, Dato’ Seri Najib dan JK Pusat BN yang tidak mahu menjadikan pilihan raya kecil sebagai alat untuk mempermainkan pengundi dan rakyat, semata-mata memenuhi hawa nafsu seseorang yang cukup tamak dan angkuh untuk memerintah negara.
Keluhan mekanik Cina di Kuala Terengganu
Terus terang aku katakan, aku bercuti 3-4 hari ini untuk memenuhi impian ibu aku yang nak sangat satu keleuarga ke Pulau Redang. Sempena hari ibu dan ulangtahun mak baru-baru ini, kami sekeluarga serta disertai beberapa saudara lain bercuti ke Monzana Resort, Pulau Redang.
Permulaan yang kurang baik apabila kereta kami rosak setibanya di Jeti Jabatan Laut di Kuala Terengganu. Apa yang aku nak ceritakan di sini, bukanlah percutian atau kerosakan kereta tersebut tetapi sekembalinya dari Pulau Redang sewaktu mengambil semula kereta dari bengkel yang kami hantar.
Dipendekkan cerita, ketika dalam perjalanan menghantar semula mekanik ini ke satu tempat (mungkin bengkelnya yang lain).... banyak yang aku bualkan tetapi yang paling menarik untuk aku kongsikan ialah permintaannya agar Kerajaan Negeri Terengganu bersikap terbuka dalam memberikan pemilikan aset/ tanah kepada orang-orang Cina.
Katanya, Kuala Terengganu tak maju .... tak macam Kota Bharu kerana kerajaan negeri Kelantan mudah memberikan hak dalam pemilikan aset dan tanah untuk bangsa Cina di Kelantan, seterusnya melaksanakan urusan perniagaan di Kota Bharu.
Dia turut mengatakan bahawa orang Kuala Terengganu tidak mahu maju macam orang Kelantan, malah mengatakan kerajaan silap mengiktiraf Kuala Terengganu sebagai sebuah bandaraya kerana di Terengganu.... tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan sebagai sebuah bandaraya sebagaimana Kota Bharu.
Apa sudah jadi? Sekadar mahu berkongsi pengalaman 3-4 hari tak update blog nie.

12:22 AM
Tak dak BN bertanding..tak daklah buah yang guguk....hasilnya oghang Penanti kelabu asap sebab tadak satu sen pun peruntukan daripada kerajaan BN akan masuk...kalau BN betanding macam-macam nikmat orang Penanti dok tunggu..kot2 dapat jalan baru..projek baru..TAPI hampeh..tunggulah PRU13 4 tahun lagi.. he he he..padan muka hangpa..buat pe pi tolong orang tak tau tima kasih.. tima kasih ajelah kat brader BABI tu..