PPP Perlu Direhatkan Dari BN

Apa dah jadi dengan PPP nie. Sebenarnya aku malas nak ambil tahu hal PPP nie, biarlah depa uruskan masalah dalaman parti mereka sendiri, tetapi bila memikirkan mereka juga merupakan parti kompenan BN, nak tak nak aku terpaksa jugalah baca kemelut-kemelut mereka.

Harapan aku hanya satu, masalah PPP akan selesai dengan kadar segera, seterusnya kembali berjuang bersama kompenan lain untuk memastikan kesinambungan BN dalam menerajui kepimpinan negera.

Tetapi, bukan semakin mudah kemelut PPP, tapi nampaknya semakin kusut. Oleh yang demikian, bukan nak menghasut tetapi aku nak cadangkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk merehatkan dulu penglibatan PPP dalam BN. Biar mereka selesaikan dulu masalah mereka, baru bawa mereka semula ke dalam BN.

Kalau dibiarkan mereka dalam BN, `barah mereka’ akan terus merosakkan BN, seterusnya akan menyukarkan proses pemulihan BN dalam memenangi semula hati rakyat untuk bersama BN dalam PRU yang akan datang.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Aku setuju bro, kalau keluar dari BN pun takpa bro, ada banyak lagi parti yang nak masuk BN sekarang ni!

  2. PPP telah menjadi Political Pariahs Party untuk sekian lama. BN tidak perlukan PPP. PPP jga tidak lansung menyumbang ke arah kejayaan BN. Istilah Political PAriah tiada kenae mengena dengan laum India, cuma membawa maksud politk PPP berada pada tahap terbawah dalam politik semasa.

Post a Comment