Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dicabar untuk berdebat secara terbuka terlebih dahulu dengan Pemuda UMNO sebelum layak berdebat dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengerusi Biro Agama, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Ustaz Mohd Afandi Yusoff berkata cadangan Nik Aziz untuk berdebat secara terbuka dengan Datuk Seri Najib perlu dilihat secara positif. Ini kerana katanya muzakarah atau debat merupakan perkara baik perlu dilakukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat.
"Cuma sebelum Nik Aziz dibenar berdebat dengan Datuk Seri Najib, beliau perlu melalui proses saringan iaitu debat pra-kelayakkan dengan Pemuda UMNO terlebih dahulu. Jika beliau berjaya melepasi debat pra-kelayakkan ini, maka Nik Aziz layak berdebat dengan Datuk Seri Najib. Jika debat dengan Pemuda UMNO pun tidak berjaya, jadi tak payah berangan untuk berdebat dengan Presiden UMNO", katanya.
Sesungguhnya tegas beliau cadangan Nik Aziz untuk berdebat amat dinantikan oleh Pemuda UMNO, malah beliau bersedia berdepan dengan Nik Aziz atas apa jua topik yang inginkan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
"Nik Aziz boleh tetapkan tarikh, tempat dan apa jua maudhuk debat yang beliau mahukan, bagi Pemuda UMNO jemputan debat ini, seumpama diajak makan kenduri, ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Dulu saya pernah jemput Nik Aziz berdebat, ekoran tuduhan beliau bahawa menyertai UMNO sama dengan berzina, ketika saya berhasrat membuat pilihan antara UMNO dan Pas, beliau kata tidak perlu solat istikharah, kerana Nik Aziz memberi perumpamaan sama seperti seseorang nak kawin dengan seseorang yang mahu berzina, antara satu perkara yang halal dan haram, antara Pas dengan UMNO tidak perlu solat istikharah, …Jadi hutang debat ini belum diselesaikan lagi", ujarnya
Mengenai laporan polis yang dibuat oleh Pemuda UMNO Kelantan pula beliau berkata tindakan tersebut adalah suatu yang wajar, terhormat dan harus dipuji. Ini kerana tambah beliau perbuatan Nik Aziz amat memalukan imej beliau sebagai seorang ulamak, lebih-lebih lagi gelaran Tok Guru dan Mursyidul Am Pas.
"Jika beliau seorang ulamak yang sebenar, mana mungkin beliau akan merapu dalam ucapan beliau tempohari. Nik Aziz kini tidak mempamerkan diri beliau dengan sifat kenabian atau sifat malaikat, bahkan tabiat buruk, amalan jahiliyah dan sifat kesyaitanan menjadi amalan beliau", katanya.
Jelas beliau lagi tuduh menuduh sesama Islam telah menjadi darah daging pemimpin Pas dalam kempen-kempen mereka sejak dulu hingga kini.
"Kita amat dukacita dengan tuduhan Nik Aziz bahawa UMNO tolak Islam, UMNO disamakan dengan komunis, Ching Peng, sosialis, ajaran sesat Ayah Pin, sekular, kafir, tolak hudud dan sebagainya. Jadi rakyat pun nak tengok siapa yang sebenarnya komunis, siapa yang tolak Islam, siapa yang sesat, siapa yang tolak hudud …. Cuma yang rakyat tahu kini, Datuk Seri Anuar Ibrahim sahaja menyokong Ching Peng dibawa pulang ke Malaysia. Bila berdebat nanti, baru Nik Aziz tahu jantan betinanya, mana lebih Islam antara UMNO atau PKR dan DAP", ujarnya.
Tegasya jika Nik Aziz tidak berani menyahut cabaran debat Pemuda UMNO ini, beliau digesa berundur dari jawatan Murssyidul Am Pas dan dinasihatkan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan ekoran umur yang sudah tua.
sumber: www.pemuda.com.my

12:35 PM
Takyah nak debat dengan Nik Aziz, tapi debat dulu ngan aku. Tajuk debat "RASUAH dan UMNO berpisah tiada".
Kenapa Ali Rustam dan Khairy Jamaludin, UMNO simpan kalau benar nak perangi rasuah?... Belum debat, UMNO dah terbongkang nak jawap dengan aku