Banjir : “Mengamuk” Tak Selesai Masalah

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak tidak sepatutnya ”mengamuk” sebaliknya perlu menerima dengan hati terbuka terhadap apa jua kritikan berhubung cara beliau mengendalikan krisis banjir di negeri ini.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkaya perbuatan Azizan melenting dan memarahi pihak media yang cuba mendapatkan penjelasan tidak sepatutnya berlaku.

“Sekalipun tertekan dengan situasa semasa dia (Azizan) tak perlu sampai ke tahap ‘bergaduh’ dengan pihak media.

“Media hanya memainkan peranan mereka mendapatkan berita seperti penjelasan mengenai sesuatu isu untuk dihebahkan kepada orang ramai. Sebagai pemimpin negeri Azizan sepatutnya memberikan penjelasan dan bukan menggunakan ruang itu untuk melepaskan marah”, katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian Azizan ‘mengamuk’ di depan petugas media pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini semalam ekoran dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan negeri tidak menjalankan tugas dengan baik membantu mangsa banjir di Kedah.

Tambah beliau lagi tindakan Azizan akan menjadi satu penilailan kepada rakyat bukan sahaja terhadap cara beliau memimpin dan mentadbir tapi lebih dari itu mengawal emosi.

Pihak media katanya tidak sepatutnya dijadikan beg penumbuk bagi melepaskan emosi yang gagal dikawal. -MediaUMNO

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Pas parti ajaran sesat lagi menyesatkan.penjilat tegar Dapig makan babi.barua dap.penjahanam orang melayu Islam.Melacurkan agama kerana kuasa.mereka akan sedar setelah Malaysia hancur di hinjak cina singapork.tak mahu bersatu sesama Islam tapi berkasih sayang dengan bangsa yang anti Islam.sesal kemudian tidak pernah untung.

  2. Salam bro, puak-puak ini mana tahu nak mentadbir negeri... mereka hanya tahu mengkritik saja... bila kena kat batang hidung sendiri baru dia tahu...

Post a Comment