Tapi bila difikir-fikir balik, aku membuat kesimpulan bahawa di Singapura takde jenayah termasuk memandu laju dan melulu-lulu kerana mereka akan buat di Malaysia ...... Dan takde jenayah-jenayah gaduh atau masalah social remaja di Singapura.....
Oppsss!!! Tekaan aku silap kerana hari nie, keluar satu kenyataan yang berbunyi:
“Rakyat Singapura disaran agar tidak membuat kesimpulan silap tentang keadaan jenayah di republik ini berdasarkan dua kes pergaduhan kumpulan remaja baru-baru, termasuk satu kes yang menyebabkan kematian.” ......
Apa cer nie bro Kuan Yew????
Ceritanya ialah :- Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura, K Shanmugam berkata pada keseluruhannya, kadar jenayah, termasuk pergaduhan berkumpulan di negara ini, menurun sejak lima tahun lepas dan Singapura kekal sebagai antara bandar raya yang mempunyai kadar jenayah paling rendah di dunia.
Beliau berkata demikian di Parlimen ketika menjawab soalan beberapa anggota parlimen tentang kegiatan samseng dalam kalangan remaja.
Baru-baru ini, rakyat Singapura dikejutkan dengan kematian Darren Hg Wei, 19, akibat ditetak di sebuah pusat beli-belah di Downtown East, Pasir Ris dalam pergaduhan antara beberapa rakannya dengan sekumpulan belia hanya kerana seorang daripada mereka merenung kepada yang lain.
Beberapa hari kemudian, sekumpulan belia yang bersenjatakan parang mengamuk dan mencederakan beberapa orang di Bukit Panjang.
Sambil mengaku beliau memahami kebimbangan orang ramai tentang keganasan yang dilaporkan itu, Shanmugam bagaimanapun berkata dua kes tersebut tidak menggambarkan bahawa keadaan jenayah di negara ini semakin parah atau langkah kepolisan di sini tidak mencukupi.
Beliau berkata bagi kes di Downtown East, lapan belia telah dikenakan tuduhan membunuh, manakala bagi kes mengamuk menggunakan parang di Bukit Panjang pula, enam belia sedang dalam proses dikenakan perintah tahanan.
Shanmugam berkata polis juga telah menangkap 93 orang yang disyaki menjadi anggota kumpulan samseng akhir bulan lepas dan akan meneruskan gerakan serupa di seluruh negara.
Katanya kegiatan kumpulan samseng tradisional di negara ini telah Berjaya dikekang dengan berkesan melalui penguatkuasaan undang-udang secara tegas oleh polis.
Mengenai kumpulan belia yang berkelakuan samseng, beliau berkata mereka merupakan kumpulan kaki lepak yang tidak tersusun pakatannya dan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng tradisional.
Katanya kumpulan belia terbabit, yang anggotanya terdiri daripada mereka yang tercicir daripada alam persekolahan, tidak berkemahiran dan pelajar yang tidak berminat dengan pelajaran, menjalankan kegiatan tanpa tujuan khusus dan sanggup bergaduh hanya kerana perkara remeh seperti ditenung, diperli atau terlibat dengan kemalangan.
***** Selepas nie keluarlah plak kenyataan bahawa samseng-samseng nie berasal dari Johorlah, Johor pusat lahirkan samsenglah, Johor pusat masalah sosiallah ........ Dan Anwar Ibrahim plak akan mengiyakannya.....
12:02 AM
itu kes gaduh...bodoh bukan macam kat JB
rompak,menyamun,rogol
9:01 AM
bodo..lah ko nie,apahal babitkan datuk sri anwar(PM MALAYSIA)