Pada dasarnya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kehilangan sokongan anggotanya kerana jumlah yang keluar mengundi bagi memilih kepimpinan parti itu sangat rendah, kata Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan.
“Ahli-ahli PKR sudah kurang semangat juang bila cuma 8% lebih sahaja ahlinya yang terlibat mengundi sewaktu pemilihan penting mereka. Konon disebut ada 300-400 ribu ahli di seluruh negara. Semangat semakin luntur kerana pelbagai masalah, parti jalanan yang dulunya sibuk dengan reformasi sekarang berada dalam era "kemeruduman.
Tetapi UMNO perlu ada kekuatan sendiri, bukan menumpang dari kelemahan PKR. Kekuatan UMNO kerana Presiden dan Perdana Menteri mendahulukan rakyat dan adil kepada semua. Yang amalkan keadilan untuk semua bukan PKR tapi UMNO dan BN,” ujarnya selepas majlis korban di Masjid Negara di sini hari ini
Tambahnya, perbuatan Anwar memburukkan negara di luar hanyalah satu kaedah diversion beliau, mengalih pandangan masyarakat terhadap PKR yang penuh masalah.
Perbuatan itu suatu usaha melarikan diri daripada caca merba yang paling memeningkan kepala beliau setakat ini, bila penentangan orang dalam PKR sendiri.
4:51 PM
Salam geng..
Blog 'Sahabat Gunung' juga telah dilinkkan.
8:06 PM
Tq bro....
8:34 PM
kita sebagai pejuang umno.... memertabatkan bangsa dan hak ketuanan melayu.......harus berani menghadapi cabaran....pendekatan terhadap perjuangan bangsa melayu akan mengangkat umno itu sendiri....