Siapa Pegawai Biro Aduan Komuniti Yang Larikan Anak Orang Tu?

Gambar Hiasan: Muhammad Khairun Aseh dan Salsabila Yunan di Terminal Tambang Murah (LCCT), Sepang. - Utusan/ZAKI AMIRUDDIN


Sayang seribu kali sayang….. kerana turutkan hawa nafsu, seorang pegawai khas kepada Pengerusi Biro Aduan Awam sebuah pergerakan parti politik yang biasanya membawa balik dan menyelamatkan anak-anak gadis kita di Lombok, hari nie melarikan pula anak orang dalam Malaysia sendiri.

Hakikatnya, aku dah mengetahui kes nie sejak 3 minggu yang lepas. Bapa angkat wanita yang juga kawan aku sendiri (dinamakan bro K) yang menceritakan hal tersebut, malah kawan-kawan kepada Bro K juga kawan-kawan aku….. juga menceritakan dan meminta aku mencari si penculik yang bernama Bro M.

Hari nie, Jabatan Agama Islam Selangor sendiri mengeluarkan kenyataan yang aku baca dari akhbar Utusan Malaysia bertajuk `JAIS siasat satu lagi kes pasangan berprofil tinggi’.

Dalam kenyataannya, Jais memberitahu, pasangan tersebut turut melakukan kesalahan yang lebih besar apabila di percayai menggunakan khidmat sindiket jurunikah yang tidak bertauliah di daerah Gombak.

Pasangan berkenaan berbuat demikian kerana dipercayai mahu mengambil jalan mudah untuk bernikah segera pada tarikh yang menjadi idaman ramai iaitu 10 Oktober tahun ini (101010).

Tambahnya, kes tersebut membabitkan seorang pegawai biro aduan komuniti bagi sayap pergerakan sebuah parti politik, berusia 32 tahun dan sudah beristeri.

Pasangannya pula ialah seorang wartawan bahagian berita sebuah stesen televisyen swasta berusia 25 tahun.

Persoalannya, ini pastinya akan merosakkan nama baik bos dia (Bro M) yang sekarang nie sudah bagus membuat kerja-kerja kemasyarakatan. Aku juga kenal bos dia, tapi apakan daya, nasi sudah jadi bubur….. Kita tunggu, siapa manusia bernama Bro M tersebut?

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Anonymous
    9:36 AM

    Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh -> betul ke ini Bro M?

  2. Bro M tu adalah pegawai khas kepada Datuk Khairun Aseh tu,bukan Khairun tu.

Post a Comment