
EXCO Penerangan, Belia Dan Sukan Negeri Johor, YB Jais Sarday menafikan sama sekali dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang yang mengatakan bahwa BN nak perintah sampai nyanyuk sebaliknya BN memang nak perintah sampai kiamat, seperti yang didakwa Haji Hadi baru-baru ini.
"Kenapa kita nak perintah sampai kiamat. Ini kerana kerajaan BN yang diterajui UMNO bersama semangat kompenan-kompenan BN yang lain merupakan satu-satunya kerajaan yang ADIL dan SAKSAMA kepada orang Melayu dan orang bukan Melayu di dalam negara kita.
Sepanjang kita mentadbir negara sejak merdeka, BN merupakan sebuah kerajaan yang mendahulukan rakyat, tidak sesekali dalam dasar pentadbiran kerajaan BN untuk menzalimi, menindas serta tidak adil kepada mana-mana kaum sekalipun di dalam negara kita," ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Kluang, Johor.
Dalam masa yang sama, Jais hairan dan pelik kenapa Pas boleh mengeluarkan kenyataan tersebut, kerana dalam masa yang sama, merekalah bersama DAP yang nampaknya tidak makan usia untuk perintah parti mereka selain berangan-angan untuk perintah negara kita.
BN dan UMNO khususnya telah memulakan peremajaan parti sejak sekian lama, tetapi bagaimana dengan Pas, DAP dan PKR?
Pas jangan meludah ke langit, nanti jatuh bertepek ke muka sendiri....... Pas juga jangan menepuk air di dalam dulang, nanti terpercik ke muka sendiri..... Apa yang Pas perlu buat, beli cermin dan renung diri sendiri.

10:24 AM
Saya orang kampung tapi saya tahu yang nyanyok hanya manusia tapi parti yang memerintah tak akan nyanyok sampai bila bila kerana pemimpinnya silih berganti. Saya berani bercakap BN/UMNO akn terus memerintah sampai hari kiamat jika pendekatan yang diambil memenuhi kehendak rakyat semasa...