KUALA LUMPUR 25 Mac – Tiada ketelusan dalam pengurusan Yayasan Selangor menjadikan yayasan berkenaan terus dibelenggui dengan pelbagai masalah termasuk tindakan saman oleh bekas kakitangannya.
Seiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamad menyifatkan apa yang berlaku itu membuktikan bahawa sejak pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri, Selangor terus dirundung dengan pelbagai masalah.
“Masalah yang dihadapi Yayasan Selangor antara bukti menunjukkan kegagalan mereka (pakatan pembangkang) dalam mentadbir urus negeri sehingga menjadi yayasan berkenaan kemungkinan bangkrap jika tiada tindakan segera.
“Bayangkan jika Yaysan Selangor hadapi masalah kewangan, bagaiamana mereka hendak menjalankan aktiviti dan siapa yang rugi, sudah pasti rakyat, sedangkang penubuhannya adalah untuk mebantu rakyat Selangor yang berpendapatan rendah atau mempunyai masalah terutama membabitkan pendidikan,” katanya kepada UMNO-online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung masalah yang dihadapi oleh Yayasan Selangor, selain menghadapi masalah desfisit, yayasan berkenaan turut menghadapi tindakan saman daripada bekas kakitangannya yang tidak berpuas hati terhadap tindakan ya g dikenakan kepada mereka.
Yayasan Selangor kini sedang menghadapi kes saman RM1 juta oleh bekas Timbalan Pengurus (Pendidikan) bersama 10 kakitangan lain, dan yang terbaru Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Mohd Safuruldin Sulaiman juga bercadang untuk mengambil tindakan sama terhadap yayasan berkenaan.
Zain apa yang berlaku mebuktikan bahawa Yayasan Selangor kini berada adalam keadaan tenat bukan sahaja dengan pelbagai masalah dihadapi tetapi turut mengalami kesulitan kewangan.
“Perkara ini tidak berlaku ketika Selangor diperintah oleh barisan Nasional, malah banyak program yang dilakukan berjaya dimanafaatkan rakyat terutama di kalangan mereka yang berpendataan rendah.
“Tetapi tidak sampai sepenggal memerintah Selangor, banyak masalah yang timbul, Yayasan Selangor kini sudah tidak lagi boleh dijadikan tempat bergantung harap, ini semua berpunca daripada pengurusan yang tidak betul,” katanya.
Menurutnya, ini antara satu bukti menunjukkan kegagalan pakatan pembangkang dalam mentadbir negeri Selangor dan mungkin ada lagi yang mengalami masalah sebegini tetapi tidak diketahui umum.
Zain berkata, apa yang berlaku itu perlu diambil aktibar oleh rakyat Selangor supaya kesilapan yang dilakukan sebelum ini tidak akan berulang lagi dan kahirnya yang rugi adalah rakyat Selangor sendiri. -MediaUMNO.

0 Komen
Post a Comment