Pas Takut Bayang-bayang Sendiri, Tuduh UMNO-BN Gila Talak

Tuduhan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) `gila talak’ hanyalah untuk menutup kelemahan serta kegagalan mereka sejak menjadi pemerintah di negeri berkenaan.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Zubir Zabidi menyifatkan apa yang diperkatakan oleh Mahfuz itu membuktikan sikap pemimpin pembangkang yang semenangnya akan cuba mengalihkan tumpuan rakyat terhadap apa jua perkara atau isu yang dibangkitkan terhadap mereka.

“Apa yang berlaku sekarang, kerajaan Kedah berada dalam keadaan keluh kesah, mereka kini tertekan sebab mereka gagal melaksanakan janji-janji palsu yang dibuat ketika pilihan raya lalu.

“Mereka sebenarnya takut dengan bayang-bayang yang mereka cipta sendiri, mereka tuduh kita `gila talak’ sebab nak alih tumpuan, apa yang kita lakukankan sebenarnya untuk mengingatkan mereka menuanikan janji kepada rakyat, jangan hanya pandai berjanji tapi tidak mampu laksanakan,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mahfuz bahawa UMNO dan BN Kedah sebagai gila talak yang mahukan sangat kerusi di Kedah dan bimbang pendekatan pentadbiran kepada rakyat Kedah sejak pembangkang memerintah negeri itu.

Dalam kenyataan itu Mahfuz turut menyatakan UMNO-BN Kedah memperlihatkan kelainan dengan mempertingkatkan serangan kerana bimbang akan kehilangan terus sokongan rakyat terutamanya orang Melayu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Zubir yang juga Ketua Pemuda UMNO Alor Star berkata dalam perkara itu bukan isu merampas kembali Kedah menjadi persoalan tetapi untuk membuktikan kegagalan pembangkang yang diketuai oleh Pas sebagai pemerintah di negeri berkenaan.

“Sejak mereka memerintah Kedah tiada pembangunan yang dibuat, apa yang ada sekarang adalah hasil aapa yang dilakukan oleh kita semasa memerintah Kedah dahulu, mereka tidak boleh mengatakan itu semua adalah hasil usaha mereka.

“Mereka kata dah tunaikan kira-kira 80 peratus janji-janji yang dibuat, itu semua adalah pembohongan, berdasarkan kajian yang dilakukan tak sampai pun 40 peratus yang mereka laksanakan,” katanya.

Menurutnya, berikutan itu UMNO dan BN Kedah mengesa kerajaan negeri memberikan laporan terperinci berhubung apa yang dinyatakan itu bukan hanya pandai berkata-kata sahaja.

“Buktikan dahulu, bukan hanya bercakap sahaja, tunjukkan kepada kami yang mereka sudah laksanakan 80 peratus janji-janji palsu itu, kami tidak nampak sebarang perubahan yang berlaku, sebaliknya banyak masalah yang timbul hingga sejak mereka perintah Kedah,” katanya.

Zubir berkata, rakyat Kedah kini sudah sedar bahawa mereka sebenarnya ditipu oleh pembangkang yang kononnya mampu membawa perubahan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. -MediaUMNO

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Assalam Bro

    Biasalah bagi PAS, UMNO gila talak konon. Puak Pembangkang lagi banyak gilanya.... Gila kuasa, Gila sex... Gila keluar Fatwa... Gila menyusahkan rakyat. Orang gila yang hasilkan buku jingga, Gambar katun pun dia kata macam bapak dia, Gila jadi hantu kak limah pun ada, Gila recycle wakil rakyat yang ditendang dari UMNO, Gila merusuh, Gila membangkang tak tentu pasal, Gila melawan raja Melayu...dan banyak lagi gila mereka...

Post a Comment