
Adakah Nizar Akan Buat Benda Yang Sama Atau Seumpamanya Kali Ini?
Dulu masa Teoh Beng Hock mati di pejabat SPRM, berkokoklah pemimpin-pemimpin pembangkang termasuk bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin menuntut keadilan buat Teoh Beng Hock...
Mereka menyalahkan SPRM berhubung isu tersebut, malah menuduh SPRM, UMNO, BN, kerajaan Malaysia bertanggungjawab di atas kematian Teoh Beng Hock.
Tapi bagaimana dengan kes terkini ini ...
Seorang Pegawai Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed, 56 tahun ditemui mati terjatuh dari tingkat 3 bangunan SPRM di Jalan Cochrane.
Apa komen Pas, khususnya YB Nizar yang siap berdoa pakai lilin masa kes Teoh Beng Hock dulu...
Kali ini, apa kata Nizar buat benda yang sama, bagi membuktikan bahawa Pas merupakan parti yang tidak berat sebelah, membuktikan Nizar berjiwa rakyat dan berjuang untuk keadilan dan kebenaran ....
Kita tunggu tindakan YB Nizar Jamaluddin?

12:48 PM
tlg jgn kaitkan kematian arwah dgn politik, dia dah hambakan diri pungut duit utk kerajaan lebih dr separuh usianya..
disebabkan tiada sokongan dari kerajaan, putarbelit media(tuduh arwah bunuh diri sbb tekanan, murung dsbnya), maka seluruh warGA kdrm yg selama ni sokong kerajaan dan yg atas pagar, dah sokong pembangkang 100%..
Kami pun tau pembangkang tak betul sgt tp setakat ni mereka shj yg ambik berat ttg kami, harap pihak atasan BN ambil perhatian perkara ini kerana jauh dlm hati, kami tetap sygkan umno..
12:56 PM
nampaknya statement di atas macam nk mengatakan itu adalah kejadian yang telah ditakdirkan berlaku.
rakyat ada hak ingin tahu kerana kejadian yang sama berlaku di bawah kendalian SPRM dan statement serta kronologi seakan sama dengan kes yang pertama.mangsa dibiarkan sendirian dan hilang selepas itu.sesuatu perkara yang tidak munasabah.rakyat ingin tahu kenapa hal yang sama berulang?seorang islam yang berumur 56thn boleh membunuh diri?tidak masuk akal.adakah statement di atas hanya ingin menutup kes yang lalu?kes ini menunjukkan ia 0-0?