
Assalammualaikum dan salam 1Malaysia.
Sebelum memulakan bicara, aku ingin mengucapkan tahniah buat sahabat-sahabat yang telah berjuang habis-habisan sepanjang Pilihan Raya Negeri Sarawak, yang telah meletakkan semula Barisan nasional sebagai pentadbir di negeri Sarawak dengan kemenangan di 55 kerusi DUN, selain melayang 16 kerusi kepada DAP, PKR dan Bebas.
Kalau tak silap, pada PRN Sarawak ke-9, kita hanya tewas di 7 kerusi DUN, menampakkan bahawa pakatan pembangkang ini berjaya merembat lebih dari PRN yang lalu.
Dalam hal ini kita perlu rasional dan menerima kekalahan kita di 16 kerusi tersebut. Kita perlu bermuhabasah diri, kerana Barisan Nasional merupakan parti yang mendokong demokrasi, menang dan kalah bukan sempadan untuk benar dan salah.
Namun, apa yang tertarik untuk dibincangkan di sini, adakah wajar kita (Barisan Nasional) menyekat dan membekukan segala janji kita di 16 kawasan yang BN kalah pada PRN Sarawak yang lalu.... ia diutarakan oleh sahabat blogger kita, Anak Merdeka. Dia ada fakta, dia ada bukti dan sewajarnya pandangannya sebagai Anak Merdeka di Bumi Sarawak harus diberikan perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya....
Jika ikut hati, memang wajar kita bekukan dan kita abaikan janji-janji kita tersebut sebab kita kalah....sebagaimana pihak pakatan rakyat buat di negeri-negeri semenanjung, malah negeri yang mereka menang pun, janji-janji mereka diabaikan dan dike’parit’kan sahaja.
Namun dasarnya, saya kurang setuju kalau kita bekukan segala janji-janji kita di kawasan yang kita kalah kerana dalam kawasan tersebut, ada juga penyokong BN dan di kawasan yang kita kalah tu, mereka juga merupakan anak-anak Malaysia yang perlukan perhatian dan perlindungan dari kerajaan.
Dah kalah, sudah. Kita perlu rasional dalam menghadapi masalah sebegini. Kita perlu ingat bahawa kita adalah kerajaan BN yang prihatin kepada permasalahan rakyat, ... Rakyat DiDahulukan.
Benda penting yang harus kita buat adalah post mortem kekalahan di kawasan tersebut. Apa masalahnya, calon ke, masalah YB kita yang lama ker, janji-janji kita yang terdahulu tidak dilaksanakan ker dan setiap permasalahan tersebut, ada jalan penyelesaiannya.
Apapun, saya nak ucapkan tahniah kepada Anak Merdeka dan sahabat-sahabat blogger kita di Sarawak, kalian memang best dan mantap...
Pendedahan demi pendedahan, jawapan kepada permasalahan, serangan demi serangan, satu persatu maklumat diberikan merupakan lambang kejayaan blogger Pro-BN di Sarawak.

8:18 AM
Setuju sangat... Janji diberi dan dilaksana jika menang. Kalau Kalah, bermakna majoriti rakyat dikawasan itu menolak pembangunan yang dijanjikan. Seandainya janji dilaksanakan juga, bermakna mereka yang menolak ini akan menyokong pembangkang kerana confident yang kerajaan akan melaksanakna juga janji walaupun kalah. Cuba tengok pembangkang, adakah mereka melaksanakna janji mereka bila kalah. Malah bila menang pun, satu apa pun tak tertunai.... auta... Mereka menang kerana sentimen perkauman... benci ... benci... orang barisan... itu sentimen mereka...
8:20 AM
Terima kasih saudara kerana memberikan pandangan yang baik... untuk kita nilai bersama....