ISRAEL TERUS MENGGANAS ~ Pemuda UMNO Teruskan Bantahan

Sedih aku menatap akhbar Utusan Malaysia hari ini. Wajah tiga kanak-kanak yang menjadi korban ke’binatangan’ Israel di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia, sungguh menyentap hatiku. Mengapa mereka terus menjadi mangsa, mengapa orang-orang tidak berdosa ini menerima hukuman kejam sebegini rupa.

Tidakkah di hati ‘binatang-binatang Israel’ ini menyimpan sedikit perasaan kasih dan sayang. Tapi mana mungkin binatang buas ini mempunyai perasaan sedemikian.

Apa nak heran, sebelum ini pun, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menerima nasib yang sama apabila empat orang tentera PBB terbunuh akibat tindakan keterlaluan tentera Israel menyerang habis-habisan kedudukan Hizbullah di sempadan negara itu.

Itupun PBB masih boleh ‘menutup mata’. Apa dah jadi ni, PBB sudah tiada kuasa, tidak mempunyai suara. Mana pergi maruah PBB, kalaulah suara PBB pun Israel pandang sebelah mata, mana nak letak dengan suara-suara OIC, suara-suara NAM.

Semalam, Perdana Menteri kita, YAB Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah menggunakan pengaruhnya sebagai Pengerusi OIC, telah meminta AS menggunakan pengaruhnya mengusahakan gencatan senjata segera, kerana Malaysia percaya AS mempunyai pengaruh yang kuat dan mampu mengusahakan gencatan senjata segera bagi mengelak lebih banyak nyawa orang awam terbunuh dan menghentikan kemusnahan harta benda di Palestin dan Lebanon.

Hakikatnya, memang AS nak nyawa orang awam terbunuh, nak tengok Lebanon dan Palestin menjadi padang jarak, padang tekukur. Mereka nak jadi kuasa besar dunia. Aku tak heran kalau AS masih mendiamkan diri, membiarkan ‘binatang buas Zionis’ terus bermaharajalela di bumi Palestin dan Lebanon.


Namun kita sebagai hamba Allah, jangan terus berputus asa. Tidak kira siapa kita, tua atau muda, tidak kira agama dan bangsa, tidak kira dari mana-mana pertubuhan sekalipun, tidak kira parti politik mana pun kita sertai, kita harus terus menganjurkan bantahan di segenap pelusuk untuk menyatakan bantahan kita terhadap ‘kebinatangan’ tentera Zionis ini.

Pergerakan Pemuda UMNO hari ini akan menganjur perhimpunan besar-besaran di Masjid KLCC, ibu negara selepas solat Jumaat, sebagai menyatakan bantahan terhadap keganasan yang dilakukan Israel di Lubnan dan Palestin. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dato’ Sri Hishammuddin Hussein berkata, peserta perhimpunan di masjid itu kemudian akan berarak ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap tindakan rejim Zionis.

Perarakan ke pusat konvensyen itu dibuat bagi menyuarakan bantahan berhubung tindakan rejim Yahudi itu kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice yang kini berada di sini untuk menghadiri Forum Serantau Asean (ARF).

Hishammuddin berkata, PBB sudah tidak lagi boleh diharapkan untuk membela nasib masyarakat antarabangsa kerana badan dunia itu tidak mampu melindungi pegawainya sendiri. Ini kerana dalam serangan kelmarin, Israel telah membunuh empat anggota pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di selatan Lubnan, dalam serangan yang dianggap badan dunia itu sebagai 'tindakan yang disengajakan'. Beliau berkata, masyarakat antarabangsa perlu menyuarakan bantahan dengan lebih keras kerana serangan Israel yang disokong Amerika Syarikat tidak menghiraukan pandangan dunia.

Pemuda PAS juga akan membuat perhimpunan yang sama di Masjid Kampung Baru, dan kemudian berarak ke Kedutaan Amerika untuk menyerahkan memorandum bantahan Pemuda PAS.

Tidak kira siapa yang anjurkan, asalkan dengan niat memberikan `kemerdekaan’ mutlak kepada Palestin dan Israel, harus kita sokong dengan hati dan tindakan. Semoga Allah melindungi negara kita, semoga Allah memberikan kekuatan kepada saudara-saudara kita di Palestin dan Lebanon untuk terus berjuang mempertahankan tanahair mereka daripada terus dijajah oleh ‘BINATANG-BINATANG’ & `SYAITAN YANG BERTOPENGKAN MANUSIA’ ini. Insya-Allah.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    8:52 PM

    Halo,

    Vote for me

Post a Comment