JEMPUT TUN M RASMI BAHAGIAN ~ Zahidi Diberi Amaran

[Laporan Buletin Utama TV3, Jumaat, 28 Julai 2006]

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad telah memberi kata dua kepada Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Hadapi Jawatankuasa Disiplin parti jika beliau tetap menjemput Tun Dr. Mahathir untuk merasmikan mesyuarat agung UMNO bahagian itu 27 Ogos ini.

Menurut Datuk Radzi, keputusan UMNO Bahagian Padang Besar itu untuk menjemput Tun Dr. Mahathir merasmikan mesyuarat agung bahagian adalah bercanggah dengan perlembagaan parti.

Katanya disebabkan tahun ini tiada pemilihan parti, hanya Ahli MT, Menteri Besar, Menteri dan Ketua Bahagian boleh merasmikan mesyuarat agung UMNO Bahagian.

Tegasnya semua pemimpin UMNO tahu peraturan itu yang keputusannya dibuat MT semasa Tun Dr. Mahathir Presiden parti. Bagaimanapun katanya, ahli UMNO tidak dihalang bertemu Tun Dr. Mahathir atau menghadiri ceramahnya jika ia dianjur UMNO.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment