WPI- Orang Johor Jangan Cepat Berangan ….

Sebagai anak Johor, aku sepatutnya bangga dengan langkah kerajaan untuk menjadilan Johor menjadi destinasi utama golongan profesional dan usahawan tempatan untuk bekerja dan bermastautin selepas Kuala Lumpur pada masa depan melalui perancangan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Hakikatnya, aku tidak gembira dengan langkah ini ….. Mengapa?

Dalam Berita Harian hari ni (BH,pg5, 25 Februari 2007) Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad berkata, penghijrahan golongan profesional, bijak pandai dan usahawan ke WPI seperti yang berlaku di Kuala Lumpur sebelum ini, kunci penentu kejayaan projek kerajaan menjadikannya sebagai bandar raya metropolis kedua di negara ini.

Tambahnya dalam BH, berdasarkan perancangan dalam Pelan Induk Pembangunan WPI, ia bertujuan memberi pilihan kepada rakyat tempatan dan warga asing untuk berhijrah serta mencari peluang pekerjaan, sekali gus mengurangkan peranan dan keutamaan Kuala Lumpur sebagai bandar raya metropolis tunggal di Malaysia.

Begitu juga dengan Rencana dalam Utusan Malaysia (UM, pg9, 25 Feb 2007) yang bertajuk `Jangan Takut Pada Singapura’ yang mewawancara Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang juga merupakan Panel Penasihat Lembaga WPI yang melihat pembukaan WPI yang bersaiz dua kali ganda daripada Singapura di Johor, akan dapat membawa kekayaan kepada Negara dan memberikan faedah kepada rakyatnya.

Itulah pandangan dan boleh dikatakan nasihat oleh pemimpin-pemimpin yang memang berasal dari Johor. Sejauhmana kebenarannya bahawa kedaulatan Negara khususnya orang Melayu di Johor akan terus dipelihara atau dijaga oleh pemimpin-pemimpin kita pada hari ini?

Bagi orang Johor, jangan cepat berangan… hakikatnya tidak, orang Johor sebenarnya takut pada pembangunan WPI ini. Sebagai contoh, lihat sahaja kepada ‘pencerobohan tanah orang Melayu’ di Bakar Batu, (Dahulunya Kampung Bakar Batu).

Ini sebagai contoh sahaja, yang bukan sahaja mahu dilihat sebagai contoh tetapi dinilai dengan mata dan akal pemikiran yang waras.

Sanggupkah kita melihat orang-orang Melayu di Bakar Batu ‘dipaksa’ menjualkan tanah mereka oleh kerajaan negeri dengan nilai antara RM 20-30 sekaki persegi sedangkan permintaan rakyat Bakar Batu ialah antara RM 200- 230 sekaki persegi.

Dalam hal ini, bukanlah rakyat Bakar Batu hendak menekan kerajaan negeri dengan permintaan yang bukan-bukan, yang tidak masuk akal tetapi biarlah penawaran yang ditawarkan itu berpadanan dengan kawasan Bakar Batu sendiri yang boleh dikatakan `TANAH ORANG MELAYU DI TENGAH BANDAR JOHOR BAHRU.’

Aku luahkan semua ini, bukanlah kerana aku membenci kerajaan negeri atau mana-mana pihak yang berkepentingan, tetapi sebagai anak Kampung Bakar Batu, aku berhak berkata begini, kerana mulut-mulut orang kampung sendiri telah ditutup, ditekan agar tidak berkata apa-apa.

Kepada siapa lagi yang hendak kami mengadu? Kami orang Bakar Batu sentiasa memberikan sokongan penuh kepada UMNO, kepada BN dan kepada kerajaan negeri dan pusat yang mentadbir kami.

Tapi kami juga mahu hak kami, jangan kera di hutan disusukan, anak dalam buaian biarkan. Jangan biarkan orang Singapura dibiarkan bermaharajalela di Johor sedangkan kami orang-orang Melayu ditekan sampai mati.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Anonymous
    10:32 AM

    Bukan apa nak bayar RM200 kat orang Melayu kampung, lebih baik Shahril Samad (Bini Cina), Tun Musa kebas sahaja tanah tu, ia baik untuk perkembangan Malaysia.

    Kita kena beri peluang kepada warga asing beli aset dalam Malaysia, khususnya di Singapura.

  2. Bukan nilai RM200 sekali persegi yang menjadi persoalannya, tetapi apa yang kita nak, jangan biarkan orang-orang Melayu di Johor agar terbiar di kemudian hari.

    Lebih baik kita pertikai hari nie daripada kita berpecah-belah di hari mendatang.

Post a Comment