SANG SAKA BANGSA- Warisan Sebuah Perjuangan


Bendera UMNO kini secara rasmi dinamakan sebagai Sang Saka Bangsa. Mengapa bendera UMNO perlu dinamakan dan mengapa nama Sang Saka Bangsa yang dipilih untuk menampilkan identiti bendera UMNO, selepas 60 tahun subur di negara kita.

Idea untuk menamakan bendera UMNO itu telah dicetuskan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ketika UMNO ingin menyambut ulang tahunnya yang yang ke-60 pada 11 mei tahun lalu.

Nama untuk bendera UMNO ini merupakan satu lakaran sejarah kerana 60 tahun dahulu pada 29 Jun 1946, persidangan kedua Majlis Agung UMNO di Dewan Bandaran Ipoh, Perak telah menerima cadangan bendera UMNO oleh Persatuan Ikatan Setia Kg baru, Kuala Lumpur.

34 pertubuhan hadir yang turut membincangkan isu mengenai contoh dan reka-bentuk bendera UMNO.

Antara contoh bendera yang dibentangkan, empat berjaya menarik perhatian sebahagian besar wakil.

1) Corak jalur hitam, hijau dan putih cadangan Pergerakan Melayu
Semenanjung Johor

2) Warna merah putih selari (Parti Kebangsaan Melayu Malaya)

3) Warna merah putih dengan di tengahnya gambar sebilah keris warna hijau
(Persatuan Melayu Daerah Sabak bernam)

4) Warna merah putih dengan di tengahnya gambar sebilah keris warna hijau
terletak di tengah satu bulatan warna kuning (Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Setelah berbahas panjang, akhirnya ahli persidangan bersetuju untuk menerima cadangan Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Ini menyebabkan dua pertubuhan iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya dan Persatuan Melayu Jawatan Rendah Selangor berjalan keluar daripada majlis dan terus menarik diri.
Pengertian `SANG SAKA BANGSA’

“Sang” adalah gelaran yang bersopan, dipakai pada orang-orang zaman dahulu kala. Gelaran ini menunjukkan kesopanan dan tingginya budaya orang Melayu.

“Saka” pula ialah peninggalan sesuatu keturunan Melayu yang berkaitan dengan rohaniah atau semangat sebagai kewibawaan keturunan tersebut.

Manakala “Bangsa” membawa maksud “Orang Melayu” yang menjadi bangsa yang berdaulat dan bangsa yang diperjuangkan hak dan maruahnya oleh UMNO.
PAK LAH SAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA FINALIS PERTANDINGAN MENAMAKAN BENDERA UMNO.

Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi telah menyampaikan cenderahati kepada finalis pertandingan menamakan bendera UMNO, Sang Saka Bangsa pada 22 Februari lalu di Lobi Aras 4, Menara Dato’ Onn, PWTC, Kuala Lumpur.

Daripada 1,921 peserta dengan hampir 3000 nama dicadangkan pihak jawatankuasa pertandingan akhirnya telah menyenarai pendekkan hanya lima nama.

Antara lima nama yang dipilih ialah Panji Perkasa, yang dicadangkan oleh Ahmad Razif A. Aziz dari Linggi, Negeri Sembilan, Panji Warisan dicadangkan oleh Puan Norizan Ismail (meninggal dunia pada Januari 2007), dari Setapak, Kuala Lumpur.

Sang Saka Melayu, dicadangkan oleh Nur Adhawiah Mohd Said, dari Padang Temu, Melaka, Sang Saka Keris, oleh Mohd Yusof Yaakob, dari Trong, Perak, dan Sang Saka Melayu Perkasa dicadangkan oleh Majlis Veteran UMNO Malaysia.

Dalam proses menamakan bendera ini, Pemuda UMNO telah mendapatkan pandangan daripada orang ramai termasuk golongan veteran UMNO seperti Pengerusi Veteran UMNO Datuk Tajuddin Ali, Tan Sri Aziz Tapa, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Firdaus Abdullah, Pakar Sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam, wakil Wanita dan Puteri UMNO.

Nama untuk bendera UMNO ini merupakan satu lakaran sejarah kerana 60 tahun dahulu pada 29 Jun 1946, persidangan kedua Majlis Agung UMNO di Dewan Bandaran Ipoh, Perak telah menerima cadangan bendera UMNO oleh Persatuan Ikatan Setia Kg Baru, Kuala Lumpur.

Panel Jawatankuasa Pengadilan terdiri daripada Pengerusi Majlis Veteran UMNO Malaysia, Datuk Haji Tajuddin Ali, Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan, Veteran Wanita UMNO, Tan Sri Aishah Ghani, Veteran UMNO dari Negeri Melaka Tan Sri Abdul Aziz Tapa dan Veteran UMNO dari negeri Johor, Tuan Haji ismail Ahmad.

Jawatankuasa tersebut turut dibantu Pakar Sejarah dan Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka, Datuk Prof. Dr. Ramlah Adam, Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Sdr Wan Azizi Wan Wohamed dan Wakil Puteri UMNO,Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Nama Sang Saka Bangsa secara rasminya telah diterima dan digunakan pada Perhimpunan Agung UMNO, November yang lalu.



Nota: Saudara Azmir Khairuzzani, Urusetia Pertandingan Menamakan Bendera UMNO bersama Finalis Pertandingan Menamakan Bendera UMNO.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    1:38 AM

    salam.boleh x emailkan gambar2 lain pada masa penyampaian cenderahati di majlis tersebut.shafix85@yahoo.com..terima kasih

Post a Comment