Biro Anti Dadah & Gejala Sosial, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan mengadakan program Khemah Kerja Patriotik pada 20-23 November ini di Savannah Hill, Ulu Tiram, Johor. Para peserta adalah terdiri dari para pelajar tingkatan 3 dan 4 dari sekolah-sekolah sekitar Johor Bahru, Johor.
Objektif program ini ialah untuk:
1. Membentuk pelajar-pelajar Melayu yang benar-benar berkualiti dari segi kepimpinan dan semangat. Mewujudkan sikap saling bekerjasama, bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan kewajipan yang diamanahkan.
2. Menyatukan-padukan serta mengenali dengan lebih rapat antara para pelajar dari sekolah dengan sekolah yang lain, selain memberikan peluang kepada mereka bertukar-tukar pandangan dan pemikiran selain menghindarkan gejala ‘samseng’ yang wujud antara geng-geng antara sekolah.
3. Melahirkan pelajar Melayu yang peka, sensitif, inovatif, kreatif dan berani serta tahan lasak dari segi mental dan fizikal.
4. Menyediakan barisan pemimpin pelapis yang mempunyai daya kepimpinan berkualiti serta 'komited' terhadap perjuangan GPMS sama di peringkat cawangan, bahagian ataupun peringkat nasional. Ini kerana merekalah yang bakal menerajui dan mencorakkan kepimpinan negara di masa hadapan.
Kajian dan pemerhatian yang dibuat oleh Sarjana Sains Kemasyarakatan menunjukkan bahawa semakin berkembang pesatnya perubahan dan kemakmuran sosio-ekonomi negara telah secara tidak sedar menjadikan anggota masyarakat semakin tidak sama rata, semakin bertambah ciri-ciri kehidupan bandaran (urbanisme) yang bersifat individualistik dan akhirnya melemahkan dan meruntuhkan konsep kejiranan, kekitaan dan kesukarelaan (volunteerisme). Keadaan ini tidak ada kekecualiannya dalam masyarakat Malaysia sendiri, setidak-tidaknya dalam satu dekad kebelakangan ini.
Fenomena ini semakin hari semakin ketara dikalangan anak-anak muda. Bagi membendung fenomena ini terus berterusan, GPMS telah mengambil langkah positif dengan merangka `Khemah Kerja Patriotik' bagi memberi suntikan baru kepada golongan belia untuk mengembalikan semula semangat juang, berani menempuh cabaran, sanggup mengambil risiko dalam pelbagai kegiatan dan menjadikan cabaran sebagai satu perjuangan.
Kita harus sedar, generasi muda dan belia sukakan aktiviti-aktiviti yang mencabar. Dalam masa yang sama, kerajaan memerlukan generasi ini sebagai pelapis kepimpinan di masa hadapan. Kita sedar, remaja dan belia sudah mula berjinak-jinak dengan aktiviti-aktiviti tidak sihat seperti gejala penagihan dadah dan masalah sosial lain.
Oleh itu, GPMS berpendapat, kita hendaklah memulakan satu pendekatan baru dalam menarik lebih ramai generasi muda untuk menyertai GPMS dan menghindarkan diri mereka dari kegiatan yang tidak sihat, kerana yang rugi ialah Melayu dan kerajaan khususnya.
Penerapan semangat "Yakin Boleh" dikalangan anak muda adalah amat penting bagi membentuk generasi pelapis yang mempunyai daya tahan yang tinggi dan daya juang yang kental. Suntikan semangat kembara dan meneroka sesuatu yang baru amat penting bagi membentuk ketahanan mental dan fizikal yang kental bagi membolehkan mereka menghadapi cabaran environment pada masa hadapan.
Semangat untuk menjadi perintis dalam sesuatu penerokaan balk di laut, gunung-ganang, hutan rimba, gua atau udara amat penting bagi membuktikan kepada masyarakat luar bahawa orang-orang Melayu khususnya anak-anak muda juga mempunyai keupayaan tinggi dalam pelbagai bidang.
Berdasarkan pengalaman yang lepas, program yang berbentuk kepimpinan dan motivasi ini telah banyak mengeluarkan hasil yang baik. Mereka yang lahir dari program yang seumpama ini juga telah banyak membuktikan kewibawaan mereka dari segi kepimpinan di samping mempunyai daya juang tinggi.
Program sebegini juga telah mengubah sikap generasi muda dari sikap negatif menjadi seorang yang berfikiran positif, berdisiplin, berkeperibadian tinggi, bersatu padu dan mempunyai daya kepimpinan berkualiti yang secara langsung akan dapat mengangkat martabat bangsa dan negara. Melalui program ini juga, disandarkan harapan agar mereka menjadi agen sedar penggerak negara di masa hadapan.
Apa yang termampu dijalankan oleh GPMS ialah memberi dan menunjukkan jalan kejayaan kepada generasi muda khasnya pelajar Melayu ini. Untuk mereka menerima dan melaksanakannya terpulanglah kepada diri masing-masing. Kita hanya berusaha, berikhtiar, berdoa dan bertawakal. Hasilnya sama ada berjaya atau tidak, berkesan atau fidak akan di tentukan oleh Allah S.W.T atas usaha kita itu.
Layarilah: www.gpms.org.my
MOHD FAIZAL MOHD SALLEH
Pengerusi
Biro Anti Dadah & Gejala Sosial
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
Tel: 019 669 9506
Kuala Lumpur, 9 November 2007

12:44 PM
Digilap baru ditayang
dicanai baru diuji
dimamah baru ditelan
barulah perjuangan kalian
bercahaya bak rembulan
bersinar bak mentari
kalau tangan sanggup mencincang
bahu mestilah sanggup memikul
tapi kalau kalian takut dilambung ombak
maka jangan berumah di tepi pantai
1:01 PM
Bg, terima kasih atas ingatan yang diberikan.
"Langit tidak selalu cerah, kalau menanti dan terus menanti, tiada esok untuk kita tapi jika kita berusaha tanpa berlindung di balik penantian, esok masih ada dan esok untuk kita meneruskan perjuangan menebus hak dan maruah diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara".