Perhimpunan HINDRAF Memalukan Negara~ GPMS

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengutuk sekeras-kerasnya dan menyatakan rasa kesal di atas tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menganjurkan demonstrasi jalanan Ahad lalu. Imej negara yang masih 'tercalar' kerana perhimpunan BERSIH dua minggu lalu, calar lagi dengan tindakan HINDRAF. GPMS tidak melihat sebarang kesan positif daripada tindakan tersebut, melainkan menyusahkan banyak pihak.

Presiden GPMS, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, GPMS melihat tidak wujud keperluan yang mendesak untuk perhimpunan tersebut diadakan ~ selain daripada usaha terdesak pihak tertentu untuk mendapatkan 'momentum politik'. Kalaupun wujud sebarang kehendak dan kemahuan, ianya boleh dan wajar disalurkan melalui medium yang lebih elok dan selari dengan tuntutan undang-undang.

“Kerajaan membuka ruang yang luas untuk rakyat menyatakan hasrat dan kemahuan; termasuk membuka ruang siber dan sebagainya, tetapi masih ada kelompok yang 'opportunist' membawa isu ke jalanan. GPMS percaya, ramai pihak yang mewakili 'silent majority' jelak dan mual dengan budaya politik murahan seperti ini.”

Tambahnya, kelompok ini boleh disamakan sebagai 'pensabotaj' ketenteraman dan suasana ekonomi kondusif Negara. Banyak pihak peniaga, hotel, pusat membeli belah yang terganggu dengan tindakan ini. Tindakan tegas wajar diambil bagi mengawal trend yang merosakkan ini.

Suasana 'anarki' yang ditimbulkan amat merosakkan imej Malaysia. Lebih lagi merisaukan kerana HINDRAF menggunakan 'garis perkauman' sebagai asas desakan.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    11:16 PM

    Hindraf memang melampau. Kurang ajar.... Tapi apa Pemuda UMNO buat untuk menangani kekurang-ajaran penyokong Hindraf nie.

    Aku cuma nak cadangkanlah, kepada mereka-mereka, penyokong-prnyokong Hindraf yang tak rasa bersyukur duduk kat Tanah Melatu nie, kalau rasa mereka teraniaya.... baliklah India. Pulangkan warganegara Malaysia tu.

    Pergilah berambus balik negara korang. Jangan menyusahkan lagi Malaysia.

    Pak Lah, tolonglah sediakan sedikit bajet untuk mereka-mereka ini untuk pulang ke India.

    Sekadar ingatan buat penyokong Hindraf atau mana-mana individu yang tak rasa bersyukur duduk di bumi Malaysia ini.

Post a Comment