HINDRAF: ANWAR SOKONG CAMPUR TANGAN KERAJAAN INDIA

[Berita Harian, ms 15, 4 Disember 2007]

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan India membuat keputusan yang betul dalam menyokong isu kaum India di negara ini.

Anwar yang berada di Mumbai memberitahu NDTV bahawa "kerajaan sekarang membuat pendirian yang salah mengenai konflik etnik di Malaysia."

Dalam laporan bertarikh 1 Disember lalu yang disiarkan dalam laman web NDTV.com, Anwar berkata, etnik India tidak boleh dipinggirkan dan mereka adalah sebahagian daripada Malaysia.


Sambil menyokong pendirian India itu, beliau berkata, kerajaan India membuat keputusan yang betul dengan memanjangkan isu itu.

Sabtu lalu, kerajaan Malaysia memberi reaksi ulasan Menteri Hal Ehwal Luar India, Pranab Mukherjee yang melahirkan kebimbangan berhubung dakwaan peminggiran etnik India di Malaysia.

Ketika bercakap kepada akhbar Malaysia, Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata: "Saya harap tiada salah faham mengenai apa yang berlaku di sini.
Jika mereka bercakap mengenai rakyat India, kita faham kebimbangan mereka. Tetapi apa yang berlaku membabitkan rakyat Malaysia. Jika mereka melanggar mana-mana undang-undang, ia adalah tanggungjawab kita untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang Malaysia."


Beliau berkata, jika kerajaan asing mula mempersoalkan mengenai kaum di negara ini, Malaysia akhirnya akan berpecah-belah.

Kaum India membentuk lapan peratus daripada penduduk Malaysia yang berjumlah 27 juta, iaitu ketiga terbesar selepas Melayu dan Cina.

Sekurang-kurangnya 10,000 kaum India mengadakan demonstrasi haram di sini 25 November lalu kerana mendakwa kaum India dipinggirkan, dengan 94 orang sudah didakwa.

Ketua Menteri Tamil Nadu, M Karunanidhi dalam surat kepada Perdana Menteri India, Manmohan Singh juga berkata, beliau dapat berasakan masalah kaum India itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memberi amaran kepada Karunandihi supaya tidak campur tangan.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    1:33 AM

    Kepimpinan Anwar mengingatkan saya pada karektor Samuel Sullivan dalam siri Heroes. Jangan lupa saksikan di TV.

Post a Comment