Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy mati ditembak di dalam lif bangunan MIC Johor di Jalan Segget di sini hari ini.
Mayat Krishnasamy, 62, yang berlumuran darah ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam lif itu kira-kira pukul 2.10 petang.
Terdapat kesan tembakan pada kepalanya di bawah mata kiri.
Mayat Krishnasamy, 62, yang berlumuran darah ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam lif itu kira-kira pukul 2.10 petang.
Terdapat kesan tembakan pada kepalanya di bawah mata kiri.

MAYAT S. Krishnasamy dibawa keluar dari bangunan MIC di Jalan Segget, Johor Bahru oleh anggota polis dan forensik untuk dibawa ke hospital- Utusan
Kejadian itu berlaku ketika mangsa yang juga Timbalan Pengerusi MIC Johor mahu ke tingkat dua bangunan berkenaan untuk menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan MIC Johor.
Ia berlaku beberapa minit selepas beliau menjamu selera bersama para pemimpin MIC tempatan di sebuah restoran di Jalan Trus berdekatan bangunan MIC itu.
Beberapa saksi mendakwa mereka melihat seorang lelaki berusia 20-an tergesa-gesa melarikan diri menaiki motosikal sejurus bunyi tembakan kedengaran


0 Komen
Post a Comment