BERITA UTAMA
PM berteka-teki tarikh pilihan raya: PM terus berteka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum ke-12 yang diramalkan banyak pihak akan diadakan pada bulan Mac depan. Beliau berkata, pilihan raya umum boleh diadakan antara sekarang hingga bulan Mac depan atau antara sekarang hingga sebelum Mac 2009 (UM,pg1)
Tunjuk kuasa punca masalah: PM menegaskan mengenai pentingnya negara Barat dan Islam menyelesaikan serentak permasalahan berkaitan pengurusan kepelbagaian budaya dan tamadun dalam usaha memulihkan hubungan antara kedua-duanya yang semakin meruncing. Sambil menekankan bahawa agama terutama ajaran Islam tidak boleh dipersalahkan atau dijadikan alasan menghalang pembangunan ekonomi negara Islam serta menjadi punca perselisihan dengan Barat (BH)
‘Lingam bercakap dengan Ahmad Fairuz’: (BH)
`He was on the phone with Ahmad Fairuz’: (NST)
‘Ahmad Fairuz orangnya’ -- Ahli perniagaan dedah dengan siapa V.K. Lingam berbual: Lelaki yang dipaparkan dalam klip video yang dirakamkan pada 2001 dikenal pasti sebagai peguam Datuk V. K. Lingam yang dikatakan berbual melalui telefon dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim. Ahli perniagaan, Loh Mui Fah yang merupakan saksi utama Suruhanjaya Diraja yang menyiasat perbualan untuk mengatur pelantikan hakim-hakim itu berkata, Lingam sendiri yang memberitahunya bahawa beliau bercakap dengan Ahmad Fairuz yang ketika itu ialah Hakim Besar Malaya bergelar Datuk. Ketika dipanggil sebagai saksi ketiga pada prosiding suruhanjaya itu yang masuk hari kedua hari ini, beliau mengesahkan telah mendengar perbualan telefon yang dipaparkan dalam rakaman klip video yang disiasat oleh suruhanjaya tersebut. (UM)
ISU SEMASA
‘Kerajaan masih ada setahun lagi’: PM terus berteka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum di sebalik pelbagai pihak meramalkan kemungkinan Parlimen akan dibubarkan pada Mac depan. PM berkata, kerajaan masih mempunyai masa setahun lagi dan pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa mulai sekarang hingga Mac ini atau Mac 2009.(BH,2)
Islam bukan punca balah dengan barat-Abdullah: PM kata, Islam tidak boleh dijadikan penyebab atau punca berlakunya perbalahan yang melanda antara dunia Islam dengan dunia Barat. Sebaliknya, menurut beliau, masalah yang berterusan di Afghanistan, Iraq, Bukit Golan di Syria, Lebanon dan Palestin berpunca daripada sikap menunjuk-nunjuk oleh kuasa besar dunia. (UM,pg2,pic colour)
Malaysia tolak dakwaan Iran penaja utama keganasan: (UM,pg2)
Malaysia tolak tuduhan Teheran taja pengganas: PM kata, Malaysia tidak bersetuju dengan pandangan Presiden Amerika Syarikat, George W Bush, kononnya Iran menjadi penaja utama kumpulan pengganas dunia. PM yang juga Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), menegaskan tuduhan Presiden Amerika Syarikat itu tentu tidak diterima baik semua negara Islam. (BH,2)
Pelantikan Soi Lek tidak jejaskan parti: Presiden MCA, DS Ong Ka Ting berkata, MCA tidak melihat pelantikan bekas Naib Presidennya, DS Dr. Chua Soi Lek sebagai Penasihat Badan Perhubungan MCA Johor boleh menjejaskan keharmonian dalam parti. Walaupun Soi Lek menimbulkan kontroversi berikutan pendedahan rakaman perlakuan seksnya, pelantikan tersebut dibuat atas ‘suara’ majoriti MCA negeri itu. (UM,13)
MCA perjelas helah pembangkang: (BH,pg2)
Helah DAP tak gugat MCA: Presiden MCA, DS Ong Ka Ting berkata, segala helah dan taktik DAP untuk menarik perhatian rakyat menjelang pilihan raya umum tidak akan mampu menggugat sokongan pengundi Cina terhadap MCA. DAP hanya pandai melontarkan pelbagai kenyataan tetapi tidak mampu melaksanakan apa yang diperkatakan. Beliau berkata, sebagai strategi balas, pihaknya akan memberikan penjelasan kepada masyarakat mengenai setiap isu yang dibangkitkan oleh DAP supaya rakyat terus menyokong kerajaan.(UM,13)
Hargai keikhlasan BN:Rakyat Kelantan dapat melihat tandatanda bahawa negeri itu sudah dibawa dalam arus perdana pembangunan negara dan proses itu akan bertambah rancak jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk kembali memerintah. AMT UMNO, Datuk Mustapa Mohamed berkata, pihaknya berharap rakyat negeri itu menghargai keikhlasan kepimpinan BN dengan membuat pilihan terbaik pada pilihan raya umum akan datang. Dalam hal ini, beliau berkata, UMNO telah membuat segala persiapan bagi menggalas cabaran mengembalikan semula mandat kepada BN negeri itu. (UM,24)
Samy Vellu tidak gentar ugutan: Presiden MIC, DS Samy Vellu menegaskan bahawa ugutan adalah asam garam kerjaya sebagai ahli politik. Beliau sendiri mengakui banyak kali menerima ugutan tetapi sudah lali dengannya dan tidak pernah merasa risau (UM,13)
Golongan muda calon MIC: MIC akan melakukan rombakan besar-besaran terhadap barisan Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN) di seluruh negara untuk pilihan raya umum akan datang. Presidennya, DS. Samy Vellu berkata, lebih ramai golongan muda terpelajar dan bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat akan ditampilkan. MIC memerlukan darah-darah muda yang terpelajar dalam pilihan raya akan datang, MIC akan melakukan banyak perubahan besar (UM,13)
RM600j bantu usahawan Bumiputera: MARA menjangkakan akan memperuntukkan lebih RM600 juta bagi membantu usahawan Bumiputera memulakan perniagaan dalam pelbagai sektor tahun ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Nam Marthinin, berkata ia sebahagian daripada usaha memastikan sasaran melahirkan 60,050 usahawan sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dicapai. Katanya, RM200 juta adalah peruntukan diberikan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi kepada MARA (BH,7)
KDNK 2007 Malaysia sekitar enam peratus – Zeti: Ekonomi Malaysia bagi tahun lepas dijangka dicatat sekitar 6 peratus, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), TS Dr. Zeti Akhtar Aziz hari ini. Katanya, ekonomi domestik Malaysia dijangka kekal kukuh dan berupaya untuk menepis kemelesetan yang berlaku dalam ekonomi utama kerana perdagangan negara ini lebih bersepadu dengan Asia. BNM akan mengumumkan prestasi keseluruhan tahun 2007 pada bulan depan. Ia dijangka dicatat sekitar 6 peratus dan ini mungkin kekal hingga tempoh seterusnya tahun ini (UM,pg2)
ARTIKEL BERKAITAN:
Pemuda PBB didik kesedaran politik: Ketua Pemuda PBB, Fadillah Yusuf berkata, Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan menganjurkan gerakan bagi membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftar pengundi muda di Sarawak, berikutan 400,000 penduduk Sarawak yang sudah mencapai umur layak mengundi belum mendaftar sebagai pengundi. Tambahnya, sikap ambil ringan antara puncanya, bukan saja dalam politik, malah saya nampak orang muda di Sarawak kurang minat menyertai mana-mana persatuan pun, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Sebaik diberi tanggungjawab menerajui pergerakan Pemuda PBB, beliau menjadikan usaha menarik keahlian lebih ramai anak muda dalam parti itu sebagai antara agenda utamanya. (BH,pg9)

Minda Lestari: Caturan politik negara perlu ikut perkembangan: TAHUN baru 2008 bakal dipenuhi pelbagai aktiviti politik, sama ada dalam mahu pun luar negara. Pilihan raya umum Malaysia dijangka diadakan tidak lama lagi. Pemilihan jawatan pelbagai peringkat dalam Umno juga dijadualkan tahun ini. Demikian juga di Amerika Syarikat yang sedang berlangsung pemilihan wakil parti Demokrat sebagai calon Presiden. Tidak lama lagi parti Republikan akan menyusul pula. Proses pemilihan ini menjadi tumpuan ramai untuk mengetahui bukan saja kelangsungan amalan demokrasi bahkan pemikiran, kecenderungan, kemampuan, sumbangan dan agenda politik di kalangan calon yang bertanding. (BH,pg8)

0 Komen
Post a Comment